Get Your Cheapest Hotel Rate Today

18 July 2011

BERHATI2 KES PENIPUAN INTERNET BANKING CIMBCLICK PHISHING WEB

SALAM,

Dah lama tak update blog sbb bz bekerja. Baru-baru ni sorang kawan hilang RM5,000 sebab salah click email kononnya dari cimbclick.com.my. So sebagai pengajaran dan supaya org lain tak kena tipu sy share kat sini.

Citernya macam ni:

Member dapat email kononnya dari cimbclick utk update "akaun info for security reason".
Dia clik link tersebut dan masukkan user ID, password, ID.
Beberapa saat, NO TAQ dihantar pada HP member ni sebijik macam web cimbclick yang betul punya.
Lepas tu, system ask for logout dan re-login.
Apabila nak login balik ak boleh, lepas tu member pun call CIMB customer service dan tnya kenapa tak boleh login. Customer sevice tu cakap kat system dia tgk xde apa2 pun.

Lepas 20 minit member try lagi dah boleh login dan tgk2 RM5k dah hilang.
Call bank dan mintak info kepada sapa duit tu dipindahkan, mula2 customer service tak nak bagi, tapi cakap ada masalah dia pun bagi nama n no akaun penerima tu maybank.

Dipendekkan cerita,member pun buat report polis dan check latar belakang penerima duit tu, dan dia keluarkan duit dalam masa 5minit selepas duit tu dipindahkan.
Hebatkan peranncangan diorang. Memang diorang dah standby kat ATM utk keluarkan duit tu.

Saya temankan member ni pegi balai polis time buat report tu, cakap dan citer dengan pegawai penyiasat dan dia tanya kita plak ada idea tak macam mana nak membantu siasatan
Alamak takkan la kita plak nak bgtau, kan kat ATM machine tu ada camera, pegi bank mintak la rakaman pada waktu duit tu dikeluarkan. Satu masa ada sorg jer org boleh keluarkan duit. Lepas tu member dah siap provide lagi info, kat cawanagan bank mana duit tu dikeluarkan dan time sekali. Duit tu dikeluarkan kat Maybank Puchong.
So pegawai tu tnya, boleh trace ker dari mana dorg access n mcmmana dorg blh buat phising web..bla..bla..
Dengar jer dia tnya mcm tu, kami pun rasa frust ler. Kita nk mengadu kat die, dia tnya plak kita.
Rasanya polis kena buat skuad khas untuk internet crime n kena ada programmer, hacker n creaker.
Memang polis banyak keje tapi, kalau sorang kenapa tipu RM5,000, kalau sehari 2-3 orang dah berapa banyak?

Apa kata bank?
1-Kami tak boleh buat apa2 sebab pengguna yang salah , sapa suh klik email dan bg details sampai kena tipu. Yer la tak semua pengguna online banking ni luas pengetahuan IT. Ada yang masih baru, pegi bank baru buka akaun,bank pun promote online banking dan akaun skrg xde buku bank.
2-Kami xkan refund sebab bukan salah bank
3-Kes ni bergantung pada tindakan polis, kalau polis berjaya berkas penipu tu or tak.

Apa kata polis?
1-Minggu Pertama- Belum ada apa2 hasil lagi, siasatan sedang dijalankan, sila maklumkan pihak polis jika mempunyai maklumat terkini.
2-Sebulan-Orang yang keluarkan duit tu adalah geng black(nigel). Masih dalam siasatan.

So Apa kata anda?

Sekarang saya faham kenapa semakin banyak penipuan internet walau apa jua cara sekalipun. Sebab PENIPU tu dah kaji kes penipuan ni kalau report kat polis pun jadi kes terpencil. Sebab tu penipu-penipu ni semakin hari semakin BERANI menipu kat internet.

Banyak lagi kat luar sana orang tertipu tapi tak buat report polis. Nasihat saya pergi la buat report polis walaupun xde harapan nak dapat balik duit tu, at least polis dapat buat statistik berapa banyak kes yg berlaku setiap hari..

Setakat ni jer buat hari ni...sesapa ada pengalaman sila share semoga jadi iktibar pada orang lain..