Get Your Cheapest Hotel Rate Today

30 August 2014

Selamat Hari Merdeka Ke 57

Selamat Hari Merdeka Semua..
Tertarik dengan slogan Disini Lahirnya Sebuah Cinta,saya menulis sedikit cerita untuk berkongsi.
Sebagai kenangan dan ingatan diri sendiri kepada pengorbanan ibu bapa.

Lahir daripada keluarga penoreh getah dan petani hidup kami tidak lah senang.
Dengan adik beradik seramai 7 orang mesti memerlukan banyak belanja dan duit.
Mujur waktu itu masih banyak iklan disungai dan rebung di kebun.
Jadi kami selalu makan ikan sungai dan sayur rebung,sayur paling favourite keluarga sampai sekarang.

Syukur mempunyai mak dan ayah yg bekerja keras siang dan malam untuk Merdeka kan kami dari kemiskinan. Diorang buat dua kerja sehari,pagi menoreh petang ke bendang. Tak pernah kering peluh di badan demi 7 orang anak dirumah.
Kami waktu tu sama seperti budak budak lain tak faham kesusahan keluarga,minta itu ini. Dan mereka selalu berusaha memenuhi.

Kenangan paling tidak dapat dilupakan ada setiap kali kami balik kampung dari asrama.
Ayah akan toreh getah dan kumpul getah sekerap sampai hari Jumaat. Kenapa hari jumaat? Sebab hari sabtu bila kami nak balik semula ke asrama kami boleh bawak duit tu.
Hari Jumaat kami akan tolong ayah kutip sekerap,ada yg rajin ada yang malas mengaduh letih.
Tapi meriah kebun getah dengan kami,susah tapi gembira waktu tu. Tak tau apa perasaan ayah dan mak.
Lepas juai sekerap kami sibuk tanya berapa dapat,biasa masa tu getah yg dikumpul sepuluh hari dapat rm100-150 sebab sekilo baru 3@4 kupang. Dapat duit jual getah ayah bagi kami semua,masa tu tak teringat nak tanya berapa tinggal untuk ayah dan mak.
Biasanya tinggal 0 kat dia dan kami balik ke asrama masing masing. Esoknya lepas kami balik dia terpaksa cari lagi untuk dia dan mak pula. Dan rutin tersebut berjalan selama 40 tahun sehingga kami semua habis belajar. Sebut apa yang kami perlukan untuk belajar,ayah akan usahakan mengadakannya. Syukur juga kakak yang sulung banyak berdikari semasa di universiti dia kerja partime. Kurang sikit beban dia untuk bagi belanja.

Semua kami dihantar ke asrama bermula tingkatan satu. Ayah cakap dia nak kami dok asrama sebab kalau kami tak tau nak buat kerja sekolah senang nk rujuk kawan dan cikgu. Dia hanya belaja sampai darjah enam jadi tak mampu nak tolong nanti. Ayah cakap dia tak mampu bg apa apa,hanya mampu bagi pelajaran. Alhamdulliah 6 dari 7 anak dia semua dah berijazah hanya adik bongsu masih bersekolah.

Kami merdeka dari kemiskinan dan kesusahan dengan pelajaran yang ayah beri.

Inilah kenangan saya,anda pula bagaimana.
Pengorbanan Ibubapa memang tak dapat dibayar,hargai mereka!

Disini Lahirnya Sebuah Cinta.