Get Your Cheapest Hotel Rate Today

04 February 2017

Cuti Cuti Korea - Jom Menginap di Hanok

Jom Menginap di Hanok, Rumah Tradisional Korea

Post kali ni nak share pasal Hanok Village di Korea.
Masa plan nk ke Korea dulu salah satu benda wajib nak buat adalah stay kat rumah jenis Hanok. Apa ke benda nya Hanok ni? Hanok ni adalah rumah tradisional lama orang Korea yang dah berusia 600 tahun tapi masih dijaga dengan baik sampai sekarang. Ada dua kawasan Hanok Village yang korang boleh lawat atau menginap iaitu Bukchon Hanok Village dan Namsangol Hanok Village. 

Kebiasaannya pemilik Hanok sendiri yang menguruskan guesthouse ni sama seperti konsep BnB.
Boleh la merasa suasana bermalam kat Hanok sambil berangan ala-ala zaman dulu-dulu
macam dalam drama.

Kebanyakan rumah jenis Hanok ni mahal harga dia sebab bilik terhad jadi booking awal untuk dapat harga yang berpatutan. 
Satu lagi kelebihannya kalau kita tiggal kat Hanok tuan rumah ada offer pakaian tradisional Korea untuk amik gambar. Jadi boleh jimat kos nak sewa pakaian ni untuk bergambar kat luar.  Yang ni boleh cuba tanya sendiri dengan tuan rumah. 

Kat sini ada senarai Hanok yang harga agak berpatutan dengan review yang baik boleh korang pertimbangkan. 


5 Hanok dengan harga yang berpatutan;


Hanok Guesthouse 201

Harga : RM235 per nite (Deluxe Room).

Saya pernah menginap di sini selama 2 malam, agak kecik kawasan dia tapi selesa dan bersih. Free breakfast.

*Gambar dari Agoda

Harga : RM195 per nite (Double Room).

**Gambar dari Agoda


Harga : RM234 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4/6 Pax)

**Gambar dari Agoda


Harga : RM281 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4 Pax)

**Gambar dari Agoda


Harga : RM330 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4/5/6 Pax)

Gambar dari Agoda



Tips untuk cari penginapan:
  • Baca review paling terkini, sesuatu tempat mungking terbaik suatu masa dulu bukan sekarang
  • Pastikan mudah untuk sampai atau dicari
  • Jika anda menggunakan public transport, sila pastikan ia mudah dan dekat
  • Dapur dan kemudahan memasak adalah satu bonus


No comments: