Get Your Cheapest Hotel Rate Today

19 December 2022

Anda Travel selepas PKP 2 tahun?

Selepas 2 tahun kita duduk dirumah kerana Covid19, tahun 2022 rata-rata syarikat travel kembali membuka bisnes mereka. Ramai juga yang meneruskan aktiviti perlancongan sama ada di dalam atau luar negara. 
Saya juga ada travel tahun ini.Antara perubahan yang ketara saya nampak semasa travel adalah:

1. Kos tiket penerbangan semakin mahal. 
2. Banyak hotel yang berhenti beroperasi.
3. Di sesetengah kawasan pelancongan banyak premis perniagaan seperti restoran dan kedai cenderahati berhenti beroperasi.
4. Bilangan pengunjung tidak seramai dulu.
5. Rata-rata orang masih selesa meggunakan topeng muka.
6. Ramai memilih untuk travel lokal berbanding luar negara. 

Semoga keadaan lebih baik pada tahun 2023. Selamat Tahun Baru! 

21 August 2020

Jalan-Jalan cari Makan Kuala Pilah Kodai Sarapan D'SAWAH

Kodai Sarapan  D'Sawah Kuala Pilah.

Hari ni teman kawan pegi hiking kat Gunung Angsi, Kuala Pilah. Satu team naik gunung, satu team lagi merayap cari makan. Kedai sarapan lokasi dia 2.5km daripada Taman Rekreasi Ulu Bendul. 

Kedai ni terkenal dikalangan orang tempatan dan juga pelanggan dari luar juga kerana keenakkan makanan dia. Kedai buka pukul 7 pagi tapi makanan cepat habis terutamanya dihujung minggu , biasanya pukul 10-11 pagi makanan dah habis. Jadi datang awal tau.


Selain daripada makanan yang sedap, kedai D' Sawah ni ada pemandangan bukit dan sawah yang cantik. Rasa malas nak bergerak lepas makan sebab tempat yang cozy, hahaha..
Jangan lupa cuba tau kalau datang Kuala Pilah atau Gunung Angsi. Selamat mencuba!


10 August 2020

Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu

Kalau anda bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa cuba nasi dagang yang famous kat sini. Nama kedai atau restoran tu, Nasi Dagang Atas Tol. Restoran nasi dagang ni ada tiga cawangan di Kuala Terengganu. Boleh waze atau google untuk lokasi yang terdekat dengan hotel anda yer.
Nasi dagang dia memang sedap dan puas hati walaupun kena baratur panjang nak makan. Rasa nasi yang lembut dan cukup lengkap rasa semua bahan² dia. Sedap sampai nak pejam mata masa makan..hehehe. Cuba bayangkan...

Kedai ni buka pukul 7 pagi sampai 11-12 tengahari. Tapi kalau hujung minggu pukul 10.30 pagi macam tu kadang-kadang nasi dagang dah habis. Kalau datang jauh nak makan nasi dagang ni pastikan anda datang awal, kalau tak nanti kempunan la nak makan.
Cuba juga pulut kuning dia tau, sebab rasa dia "just nice" atau cukup rasa, tak lemak sangat tak masin sangat. Sedap lah!
Selain nasi dagang, kalau anda penggemar Teh Ais macam saya,jangan lupa cuba Teh Ais dia tau. Memang paduuu dan puas hati. Teh Ais ada 3 saiz, kecil, sederhana dan besar. Kalau memang hantu Teh Ais order la yang besar.
Harga makanan boleh tengok kat gambar bawah ni yer. 
Ok sampai sini saja post kali ni, jangan lupa cuba Nasi Dagang Atas Tol kalau berkunjung ke Kuala Terengganu. Kalau tak cuba nasi dagang macam tak lengkap la trip ke Kuala Terengganu.

Selamat bercuti dan jalan jalan cari makan. Semoga post ini bermanfaat dan bagi idea nak makan apa.