Get Your Cheapest Hotel Rate Today

04 February 2017

Cuti Cuti Korea - Jom Menginap di Hanok

Jom Menginap di Hanok, Rumah Tradisional Korea

Post kali ni nak share pasal Hanok Village di Korea.
Masa plan nk ke Korea dulu salah satu benda wajib nak buat adalah stay kat rumah jenis Hanok. Apa ke benda nya Hanok ni? Hanok ni adalah rumah tradisional lama orang Korea yang dah berusia 600 tahun tapi masih dijaga dengan baik sampai sekarang. Ada dua kawasan Hanok Village yang korang boleh lawat atau menginap iaitu Bukchon Hanok Village dan Namsangol Hanok Village. 

Kebiasaannya pemilik Hanok sendiri yang menguruskan guesthouse ni sama seperti konsep BnB.
Boleh la merasa suasana bermalam kat Hanok sambil berangan ala-ala zaman dulu-dulu
macam dalam drama.

Kebanyakan rumah jenis Hanok ni mahal harga dia sebab bilik terhad jadi booking awal untuk dapat harga yang berpatutan. 
Satu lagi kelebihannya kalau kita tiggal kat Hanok tuan rumah ada offer pakaian tradisional Korea untuk amik gambar. Jadi boleh jimat kos nak sewa pakaian ni untuk bergambar kat luar.  Yang ni boleh cuba tanya sendiri dengan tuan rumah. 

Kat sini ada senarai Hanok yang harga agak berpatutan dengan review yang baik boleh korang pertimbangkan. 


5 Hanok dengan harga yang berpatutan;


Hanok Guesthouse 201

Harga : RM235 per nite (Deluxe Room).

Saya pernah menginap di sini selama 2 malam, agak kecik kawasan dia tapi selesa dan bersih. Free breakfast.

*Gambar dari Agoda

Harga : RM195 per nite (Double Room).

**Gambar dari Agoda


Harga : RM234 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4/6 Pax)

**Gambar dari Agoda


Harga : RM281 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4 Pax)

**Gambar dari Agoda


Harga : RM330 per nite (Double Room).
Ada Family Room (3/4/5/6 Pax)

Gambar dari Agoda



Tips untuk cari penginapan:
  • Baca review paling terkini, sesuatu tempat mungking terbaik suatu masa dulu bukan sekarang
  • Pastikan mudah untuk sampai atau dicari
  • Jika anda menggunakan public transport, sila pastikan ia mudah dan dekat
  • Dapur dan kemudahan memasak adalah satu bonus


31 January 2017

Cuti Cuti Korea - Transport

Assalamualaikum..salam sejahtera..


Jom tgk apa transport selama 10 hari bercuti ke korea..

1) Flight - of course AirAsia sebab murah..
Kami naik dari KL-Busan ,Busan -KL : D7 0512

Harga tiket flight : RM600++



Kat sini nk share sikit kalau berhajat nk Seoul & Busan elok beli tiket mcm ni: KL-Busan-Seoul-KL.
Jgn beli mcm ni KL-Busan , Busan -KL. 
Sebab apa? Sebab kami dh buat..hehehe ..rugi masa dan duit sebab kena patah balik.
Kalau kira tiket Train or bus,still rugi..mmg tiket flight maybe murah rm100@200,tapi jgn lupa nnti nak kena beli tiket bus or train.


2)Airport Limousine Bus (Busan Airport - Busan Station)

Dari Airport kami naik Bus Airport untuk ke Busan Station.
Bus takde tulis no, just ada tulis Airport Limousine Bus,tanya kaunter tourist dlm airport kalau tak sure nk tunggu mana.
Tambang =6000 won.
Busan Station macam KL sentral la tempat ni. Kami nak ke Seoul dengan KTX. Memang dh berangan nk try KTX ni.
Bus akan stop kat Traffic Light opposite Busan Station. Jadi kita kena lintas jalan.

3)Meter Taxi - Busan Guest House ke Busan Airport

Memandangkan kami dah shopping sakan kat Seoul,beg pun dah beranak maka kami tak larat nak naik bus dan subway dah.
Kami naik teksi,suh owner guest house bgtau nak ke airport.
Tambang satu teksi 12,000 won (kami share 3 orang)
Bila kira balik murah lagi naik teksi dr naik bus masa datang..hehehe 

4) KTX (Keretapi Express)

Dari Busan ke Seoul naik KTX, tren laju,mmg semua nak try.
Tapi kami tak book,sbb time nk book online tak sure..
Memandangkan kami p time weekend maka tiket pun habis.
Yang ada hanya lah timet berdiri..haa sanggup?? Sebab dh book guesthouse kat Seoul kami pn naik la KTX tiket berdirii..huhuhuhu
Tambang 50,000 won walaupn berdiri.
Masa 2 jam 45 minit
Tapi yang bestnya berdiri stabil jer xde pula rasa nk tersembam kalau time nk berhenti. Ramai rupanya yang berdiri. Tak la kesian sangat,ada vending mesin coffea dekat tempat berdiri.
NO Gerabak dia panggil Car N0: jadi naik la kat car yang betul.

5)Subway

Dalam masa 10bari kami guna T Money@ Cash Bee.
Beli Cash Bee kat kdai mcm7 eleven dlm Busan Aiport. Selain dari convenient store boleh juga beli di Vending machine kat train/subway statikn. Ada gak mesin topup utk tambah kredit. Jadi topup sikit dulu.
Harga Kad-3000 Won kalau beli kat 7 E
Harga Kad -2000 won kalau beli kat vending machine
Pastu tolup 30,000 won cukup utk cover 10 hari naik Subway&Bus.
Balance siap boleh beli air pisang lagi.. 
Tips, sila download app utk Subway kalau anda ada wifi@tenet.
Memang mudah just check dlm apps nak naik or turun station mana.
Kalau xde tenet print la map subway siap2.
Bila bergerak banyak guna subway pastikan korg bersedia nak jalan banyak.
Kebanyakkan subway kena naik tangga tinggi.

6)Train Mugunghwa (Seoul Ke Busan)

Disebabkan kami tersalah beli tiket,pergi dan balik dari Seoul maka kami kena patah balik. Nak jimatkan kos lagipun ada banyak masa kami naik la train slow pulak.
Kali ni beli sehari awal sebab takut kena berdiri. Kami naik Dari Seoul Station ke Busan Station.
Tambang : 28,600 Won
Masa : 5jam 30 minit(nasib baik duduk)
Tips; Bawak makanan sebab nnti lapar..hehehe

7)ITX (Seoul Station ke Nami Island)

ITX ni mcm KTM komuter, dia p jauh sikit. Kalau subway mcm LRt.
Tapi ITX ni dia laju dan ada station tertentu saja berhenti.
Kami naik dari Seoul Station turun kat Gapyoeng station.
Tambang : 4,800 won sehala
Sampai Gapyeong station Naik Meter taxi ke Nami Island.
Tambang Teksi : 3000 won (lebih kurg)


8)Shuttle Bus Gwangon ( Ke Nara Ice Fishing Festival)

Syarikat ni ada sediakan shuttle ke festival bermusim disekitar seoul. Tapi kena booking seat online dulu sebelum boleh naik. Boleh booked siap-siap 14 hari sebelum bercuti. Lepas booking dia akan antar email confirmatikn dan kita kena print dan bawak sekali.
Lokasi untuk naik kena tuggu kat Duty Free Shop Guangwha.

Tambang ; 5000 won return
Waktu Bus Berlepas pergi : 8.00pagi
Waktu Bus Bertolak balik: 4.00ptg
Masa 3 jam pergi, 3jam balik..klu jammed time balik lagi lama.

24 April 2016

Jalan Jalan Cari Makan Boat Noodles

ASSALAMUALAIKUM...

Rakan rakan pembaca sekelian,hari ni aku nak share pasal makan di Aroii Thai Boat Noodles restoran. Banyak restoran boat noodles, yang aku makan ni kat Shaftbury Cyberjaya.

Apa yang menarik sangat restoran ni? Mesti la cara dia hidang makanan dia dalam mangkuk@bowl. Semua makanan dalam mangkuk okey..Selain tu harga setiap makan dan minuman dia cuma RM1.90. Sebab harga RM1.90 ni lah salah satu faktor restoran ni jadi viral.

Nama pun restoran thai mesti la menu dia thai food. Menu boat noodles dan street food di thailand yang popular semua ada.
Disebabkan harga yang murah portion makanan dia pun ciput la. Itu yang orang order banyak sampai bertingkat tingkat. Ini juga satu strategi marketing harga murah dan nampak ciput ko akan order banyak. Dia gunakan kaedah psikologi dalam marketing, sangat pandai dan berkesan.

Rasa makanan pada aku hanya biasa, taklah special sangat.

Kami datang berempat,total kos makan RM51. Jemput tengok gambar.

Alamat

AROII THAI Bowl Noodled & Street Food

Unit P1-31,2350 Shaftbury Square, Persiaran Multimedia Cyberjaya 6, Selangor Darul Ehsan.