Get Your Cheapest Hotel Rate Today

18 July 2011

BERHATI2 KES PENIPUAN INTERNET BANKING CIMBCLICK PHISHING WEB

SALAM,

Dah lama tak update blog sbb bz bekerja. Baru-baru ni sorang kawan hilang RM5,000 sebab salah click email kononnya dari cimbclick.com.my. So sebagai pengajaran dan supaya org lain tak kena tipu sy share kat sini.

Citernya macam ni:

Member dapat email kononnya dari cimbclick utk update "akaun info for security reason".
Dia clik link tersebut dan masukkan user ID, password, ID.
Beberapa saat, NO TAQ dihantar pada HP member ni sebijik macam web cimbclick yang betul punya.
Lepas tu, system ask for logout dan re-login.
Apabila nak login balik ak boleh, lepas tu member pun call CIMB customer service dan tnya kenapa tak boleh login. Customer sevice tu cakap kat system dia tgk xde apa2 pun.

Lepas 20 minit member try lagi dah boleh login dan tgk2 RM5k dah hilang.
Call bank dan mintak info kepada sapa duit tu dipindahkan, mula2 customer service tak nak bagi, tapi cakap ada masalah dia pun bagi nama n no akaun penerima tu maybank.

Dipendekkan cerita,member pun buat report polis dan check latar belakang penerima duit tu, dan dia keluarkan duit dalam masa 5minit selepas duit tu dipindahkan.
Hebatkan peranncangan diorang. Memang diorang dah standby kat ATM utk keluarkan duit tu.

Saya temankan member ni pegi balai polis time buat report tu, cakap dan citer dengan pegawai penyiasat dan dia tanya kita plak ada idea tak macam mana nak membantu siasatan
Alamak takkan la kita plak nak bgtau, kan kat ATM machine tu ada camera, pegi bank mintak la rakaman pada waktu duit tu dikeluarkan. Satu masa ada sorg jer org boleh keluarkan duit. Lepas tu member dah siap provide lagi info, kat cawanagan bank mana duit tu dikeluarkan dan time sekali. Duit tu dikeluarkan kat Maybank Puchong.
So pegawai tu tnya, boleh trace ker dari mana dorg access n mcmmana dorg blh buat phising web..bla..bla..
Dengar jer dia tnya mcm tu, kami pun rasa frust ler. Kita nk mengadu kat die, dia tnya plak kita.
Rasanya polis kena buat skuad khas untuk internet crime n kena ada programmer, hacker n creaker.
Memang polis banyak keje tapi, kalau sorang kenapa tipu RM5,000, kalau sehari 2-3 orang dah berapa banyak?

Apa kata bank?
1-Kami tak boleh buat apa2 sebab pengguna yang salah , sapa suh klik email dan bg details sampai kena tipu. Yer la tak semua pengguna online banking ni luas pengetahuan IT. Ada yang masih baru, pegi bank baru buka akaun,bank pun promote online banking dan akaun skrg xde buku bank.
2-Kami xkan refund sebab bukan salah bank
3-Kes ni bergantung pada tindakan polis, kalau polis berjaya berkas penipu tu or tak.

Apa kata polis?
1-Minggu Pertama- Belum ada apa2 hasil lagi, siasatan sedang dijalankan, sila maklumkan pihak polis jika mempunyai maklumat terkini.
2-Sebulan-Orang yang keluarkan duit tu adalah geng black(nigel). Masih dalam siasatan.

So Apa kata anda?

Sekarang saya faham kenapa semakin banyak penipuan internet walau apa jua cara sekalipun. Sebab PENIPU tu dah kaji kes penipuan ni kalau report kat polis pun jadi kes terpencil. Sebab tu penipu-penipu ni semakin hari semakin BERANI menipu kat internet.

Banyak lagi kat luar sana orang tertipu tapi tak buat report polis. Nasihat saya pergi la buat report polis walaupun xde harapan nak dapat balik duit tu, at least polis dapat buat statistik berapa banyak kes yg berlaku setiap hari..

Setakat ni jer buat hari ni...sesapa ada pengalaman sila share semoga jadi iktibar pada orang lain..

13 March 2011

Topup Digi Dapat Free Gift!!Digi lagii!! #DiGiSuperReload

Promosi terbaru dari Digi. Berita baik kepada pengguna Digi. Digi Sentiasa menhargai pelanggan setianya dengan pelbagai ganjaran
Promosi ini khas kepada penguna Digi Prepaid. Apabila anda reload dari 1st March-31st March 2011 anda akan mendapat Freebies.
Ini berita baik kepada pengguna tegar Digi Prepaid. Jangan ketinggalan mendapat gnajaran yang menarik ini.
Jadi jangan lupa rakan-rakan pembaca semua, reload sebelum promosi tamat.

Untuk maklumat lanjut anda semua boleh baca kat sini:


10 February 2011

Makan Makan > King Nasi Beriyani

Salam 1 Malaysia,

Anda suka nasi  Beriyani? Pernah dengar Nasi King Beriyani?

Restoran ini menyediakan menu nasi beriyani gam yang istimewa dan sedap.
Antara Menu Nasi Beriyani:
- Nasi Beriyani Gam Ayam
-Nasi Beriyani Gam Kambing
-Nasi Beriyani Gam Lembu
-Nasi Beriyani Gam Stew Kambing

Nasi Beriyani Kambing
dan banyak lagi.... Ada juga menu sampingan lain seperti nasi goreng, mee goreng dll.
Harga juga berpatutan dengan menu dan perkhidmatan yang disediakan.

Bil Saya: RM29.50 (2 orang )
Menu:
Nasi Beriani Kambing
Nasi Beriyani Ayam
Jus Apple
Jus Kendondong Asam Boi
Air Suam.






Opps lupa pulak nak bgtau lokasi kat Taman Sri Andalas, Klang dan Cawangan Seksyen 9 Shah Alam.
Ok kepda sesapa yang dah cuba boleh la comment.

Nama Restoran: Nasi King Beriyani
Lokasi : Taman Sri Andalas, Klang dan Seksyen 9 Shah Alam
Menu Kick: Nasi Beriyani...

Makan jangan tak Makan.


06 February 2011

Makan-Makan>>Sekinchan Ikan Bakar.

 Salam dan Gong Xi Fa Chai,
Hari ni nak makan apa yer? Apa kata cuba Makan kat Sekinchan ikan Bakar. Ada beberapa cawangan disekitar KL dan Selangor.
Semalam (Ahad) kami makan di Cawangan Sekinchan Ikan Bakar kat Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Cawangan ni baru buka pada 28 Januari 2011. Kebetulan tak jauh pulak dari rumah so try jer lah. Kepada sesapa dah buntu tak tau nak makan kat mana cuba restoran ni. Tapi hanya ikan bakar jer yang ada, takde pulak nasik goreng ker mee goreng. Tak tau pulak kat cawangan lain.

Ada banyak jenis ikan sungai dan laut, ketam, sotong,udang dan kerang pun ada. Kita boleh pilih yang mana nak kecik ke besar. Rasanya hmmm ok, sedap. Ada sedikit kelainan dari segi sos yang diguna untuk membakar ikan tu.



2 orang makan :
Nasi Putih 2
Ikan Terubuk Bakar-saiz sederhana
Ulam2
Air Limau Ais
Air Barli

Harga RM29.60
Masa menunggu Ikan nak masak: lebih kurang 20 minit.

Ikan Terubuk Bakar



Nak Tau Cawangan lain2-boleh lawat website:http://www.sekinchanikanbakar.com/


In future mungkin restoran ni boleh tambahkan menu lain lagi supaya customer ada banyak pilihan. Pihak restoran juga mungkin perlu mengambil kira sesetengah pelanggan yang tak makan ikan. Ini kerana restoran ini sesuai dikunjungi seisi keluarga, jadi mungkin menu perlu dipelbagaikan disamping mengekalkan resepi/menu asal.

02 February 2011

Cheap Vs Expensive Bulk SMS System

Did you Know you can use Bulk SMS system to spread out and boost your sale!?

I use a cheap SMS Bulk System to spread out my words and advertisement. Why i use cheap SMS application instead of high end SMS system?
The answer is it's save a lot and i can't afford for big system. But it's still reliable and never failed to deliver my words.

It's just cost me RM30.00 for start up. Believe it or not? Yes, it's true,just RM30 for Bulk SMS application.

Normally bulk SMS is costly, i use to works as SMS programmer in past 5 years. Imagine that time to setup SMS system is cost more than RM2000, it's not include SMS count.

Today to own SMS Bulk/blaster is affordable and easy. There are a lot third party company offer this service make price very competitive. It's give a lot benefit to use as user.

Now I use this tiny but powerful system:



How many of us know what is Bulk SMS?
I Make it simple, it's system which allow us to send SMS to many recipient with one click.
Let say we want to spread out the info, news or announcement. Bulk SMS is the best way because it's faster compared to email or letter.

Bulk SMS come with website which allow user to write it like email and sent to mobile.
There are many type bulk SMS but basically the features is same.

How to choose which bulk SMS suit my need?
Please answer below question to decide which one suit you;

1-How many SMS u will sent monthly?
2-How much you can afford to pay?
3-What type SMS you will send (1 way or 2 way communication)?


Nowadays there are a lot third party company come out with Bulk SMS facilities. Some of them we need to pay up to RM300-RM1000 for setup and installation fees. It's just for Fees, u need to pay for SMS usage.

Please study and know what u need before purchased. Don't buy high end system but it's difficult to use.

Cheap Vs Expensive Bulk SMS System

Cheap Bulks SMS System - normally provide by third party company.
Pro:
Suitable for new user,beginner.Even for personal purpose such as wedding invitation or reminder.
Cheap and affordable system.
Can budget how much you willing to pay for advertisement via SMS.
Fast and easy to setup. No installation fees, no contract.

Cons:
A bit expensive rate for 1 SMS.
Must Pay before use.
Limited function.


Expensive ( High End SMS system)

Pro:
Build up depend on you need and requirement.
Cheap for large quantity SMS send/receive.
Have their own short code or keywords.


Cons:
Expensive, not suitable for personal use.
Must meet certain amount SMS to get cheap rate.
Need expertise to handle, mantain and use.


Hopefully i shared something good today. Don't forget to try it out so u can know it's suit your need or else.

Check this cheap system also: http://tinyurl.com/4o3zcxb

28 January 2011

Join ME TODAY it's rewarded #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Join ME TODAY it's rewarded #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Hi friends,

Today everyone have Facebook, Twitter,Myspace, Blog and etc. So take this oppurtunity to get reward by join me in ChurpChurp as Churper today.

I will share basically what is ChurpChurp:

What is ChurpChurp?
It's media advertising, u join and help them spread up their advertisement in all social network like Facebook, email,blog and etc. It's easy step like 1,2,3 only.
Take this opportunity to earn with join me today.

How it work?
1-Advertiser will add their campaign or ads in ChurpChurp site.
2-We start sharing the ads in our Facebook, twitter , blog or email.
Thats All.

How i get paid?
Once you friend or visitor click on your ads link you will earn. It's count on unique click.
Have fun and get paid.

please click link below for more info:





24 January 2011

AZAM TAHUN BARU-MORE SAVING THAN SPENDING!!!







Salam 1 Malaysia kepada semua...

Mungkin belum terlambat untuk berazam, sebab puas berfikir apa aku nak berazam tahun ni. Kebetulan aku baru bekerja tempat baru di tahun baru dan berpindah ke rumah baru...
Haa, ada 3 yang BARU pada aku untuk tahun 2011 ni, maka aku pun pikir dan berpikir kenalah buat something yang bermanfaat kepada diri sendiri.

Adik aku pula baru jer datang rumah, dia pulak seorang student dan start buat partime untuk unit trust. So dia pun bercerita kelebihan dan keuntungan kita simpan duit dari muda lepas tu baru spend. Lepas bercerita dari dalam rumah sampai dalam kereta pasal duit, income, dan hutang2 semua. Kami pun bersepakat sebenarnya kalau kita mula menyimpan duit dari berbelanja sakan pada usia muda banyak faedahnya.

Aku pun tengok lah apa yang aku dah simpan selama ni(lebih kurang 6 tahun selepas habis belaja). Jawapan dia ada la lebih kurang beberapa ratus. Sebab dia aku jenis berbelanja sakan dan pikir, nanti-nantilah simpan. Time muda-muda enjoy dulu, shoping sakan, beli benda branded dan sebagainya. Tengok wayang dan makan tak payah cerita la punyalah macam-macam. Adik aku baru jer 22tahun dan belum abih belaja, dia pulak aku bagi kuliah suruh simpan duit dari sekarang. Sebabnya aku baru tersedar, hehehehhe.

Kemana duit GAJI/INCOME  habis?
-+ 40% kepada kereta+petrol+ (biar keta mahal asal bergaya walaupun tgh bulan pokai)
+- 40% Makan sedap2+entertaiment aka jalan2 cari makan
-+ 20% Sewa rumah,utiliti bil dll

Bila kita simpan duit? Bila rasa ada duit lebih, dan tunggu ada duit lebih. Tapi selalunya aku takde duit dan tak simpan la jawabnya. Mungkin aku ni kurang berdisplin bab2 simpan duit ni. Tak semua orang macam aku, ada yang penyimpan yang baik dan berdisplin.

Kenapa nak Simpan duit?
-Semua orang tau, sebab ada waktu-waktu kecemasan yang kita tak jangka. Bayangkan tiba-tiba kereta rosak, macam bateri kong pun cukuplah, kurang2 kena ada rm200.00. Kalau kita belum sampai hujung bulan dah makan megi macam mana nak buat.  Boleh ada caranya cari kawan pinjam duit. lepas tu kita glamour lah.

-Kita tak tau sampai bila tempat kita keje tu nak hired kita sebagai pekerja. Baru-baru ni member aku baru jer berhenti kerja sebab company tempat dia kerja nak tutup sebab bankrup. Dia baru bekerja setahun kat situ. Bayangkan kalau komitmen kita banyak, nak bayar keta,rumah dsbnya, macam mana?

-Kita tak pernah berfikir bahawa apabila kita bersara, kita memerlukan duit lebih banyak dari sekarang. Kenapa pulak? Sebab time tu duit KWSP dapat lumsum, kita pun beli keta baru, bagi anak2 sorang sikit dll. Padahal duit tu kita nak makan sampai mati..Tak sampai 2 tahun dah abis belanja. So kena lah bekerja balik, tak dapat la bersara pada unur 55thn.
Kalau sesapa yang dapat duit pencen bulan2 pulak, separuh jer dari gaji yang dapat time bekerja, cukup ker?
Time ni pula dah macam2 penyakit pulak datang yer lah dan makin muda.hehehe

Ni baru sikit sebab-sebabnya yg buat kita WAJIB menyimpan untuk masa depan. Banyak lagi sebenarnya.

Hmmm...
Takut juga pikir2 kalau tak menyimpan bila kecemasan. Ngeri-ngeri!!!

So inilah yang buat aku rasa macam nak buat hobi baru simpan banyak , belanja sikit. Susah payah rasanya nak mendisplinkan diri dengan habit baru ni...Apa2 pun kenalah mencuba.