Hari ni nak makan apa yer? Apa kata cuba Makan kat Sekinchan ikan Bakar. Ada beberapa cawangan disekitar KL dan Selangor.
Semalam (Ahad) kami makan di Cawangan Sekinchan Ikan Bakar kat Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Cawangan ni baru buka pada 28 Januari 2011. Kebetulan tak jauh pulak dari rumah so try jer lah. Kepada sesapa dah buntu tak tau nak makan kat mana cuba restoran ni. Tapi hanya ikan bakar jer yang ada, takde pulak nasik goreng ker mee goreng. Tak tau pulak kat cawangan lain.
Ada banyak jenis ikan sungai dan laut, ketam, sotong,udang dan kerang pun ada. Kita boleh pilih yang mana nak kecik ke besar. Rasanya hmmm ok, sedap. Ada sedikit kelainan dari segi sos yang diguna untuk membakar ikan tu.
2 orang makan :
Nasi Putih 2
Ikan Terubuk Bakar-saiz sederhana
Ulam2
Air Limau Ais
Air Barli
Harga RM29.60
Masa menunggu Ikan nak masak: lebih kurang 20 minit.
Ikan Terubuk Bakar |
Nak Tau Cawangan lain2-boleh lawat website:http://www.sekinchanikanbakar.com/
In future mungkin restoran ni boleh tambahkan menu lain lagi supaya customer ada banyak pilihan. Pihak restoran juga mungkin perlu mengambil kira sesetengah pelanggan yang tak makan ikan. Ini kerana restoran ini sesuai dikunjungi seisi keluarga, jadi mungkin menu perlu dipelbagaikan disamping mengekalkan resepi/menu asal.
No comments:
Post a Comment