Get Your Cheapest Hotel Rate Today

Cheap Hotel & Accomodation

Kepada yang merancang untuk travel dengan budger yang terhad, anda boleh pilih penginapan yang murah dengan join website online yang menawarkan pelbagai promosi.
Terdapat hotel yang mana harga walk in dan online booking sangat jauh bezanya. Saya cuba list hostel/hotel/gueshouse yang berpatutan dan rating yang agak baik sebagai panduan.

Thailand
Hostel Murah di Phuket Thailand





Bagaimana nak dapatkan Accomodation yang Murah?


HOTEL

Dapatkan 'alert' untuk memgetahui promosi hotel , cthnya : Hotel Promotion

Bagaimana nak tau promosi hotel? Senang jer, register sebagai member kat website pelancongan seperti Hotels.com ,  Booking.Com dan Agoda.

Setakat ni booking.com saya banyak booked dengan booking.com

Kepada yang mencari hotel Murah saya memang syorkan anda jadi members AGODA dan Booking.COM.
Register jadi members dulu walaupun tak nak book sekarang.
Kenapa kena jadi ahli?
Sebab setiap kali ada offer  yang dia panggil "Insider Deal" atau Secret Deal 'anda akan diberitahu melalu email.Register lebih dari satu website sebab setiap masa website ini akan menawarkan promosi yang berbeza, contohnya;
Saya baru check harga hotel Festive Hotel Sentosa Singapore , hanya harga kat Agoda yang paling murah RM543 semalam,kat Booking.Com tak ada offer ni.

Bila jadi ahli anda juga akan dapat point untuk membuat tempahan berikutnya.
So kalau nak book hotel tu sila check dulu rate kat banyak tempat supaya kita dapat rate yang terbaik.

Bila Masa sesuai untuk Book Hotel?

Lebih awal lebih bagus tapi pastikan jangan terlalu awal. 6 bulan atau 3 bulan adalah masa yang sesuai. Jika anda booking awal sila pilih hotel yang menawarkan "Free Cancelation".
Apabila ada tawaran hotel yang lebih murah anda masih boleh cancel dan mempunyai masa yang secukupnya membuat planning. Jika hotel atau kawasan tempat percutian anda merupakan tempat pilihan pelancong, harga hotel akan menjadi mahal kalau membuat tempahan last minute. Sila baca semua review untuk membantu anda membuat pilihan.

Penginapan /Acomodation Budget

HOSTEL

Selain daripada tinggal di hotel anda juga boleh memilih hostel bagi menjimatkan perbelanjaan untuk travel. Walaupun anda melancong bersama keluarga anda masih boleh memilih hostel sebab hostel ada menawarkan Quad or triple room. Terdapat juga hostel yang menawarkan Family room. Tapi ada hostel yang melarang kanak kanak dibawah umur menginap di hotel mereka. Sila baca maklumat bilik sebelum membuat tempahan.
Selalunya hostel menawarkan bilik yang terhad and mendapat sambutan terutamanya bagi solo traveller dan backpackers.
Kat mana nak check hostel:

Booking.COM
AGODA
HostelBookers
Hotels.com

Bed & Breakfast / Homestay

Korang boleh choose B&B kalau nak dapat harga murah. Kalau B&B biasaya sewa private room agak murah, kalau private room ni biasanya tuan rumah pun stay kat dalam rumah yang sama. Korang just sewa bilik, ada yang suka dan tak suka cara ni.

AirBnB
BnBHero (Korea)


No comments: