Get Your Cheapest Hotel Rate Today

28 November 2014

Jalan Jalan Cari Makan - Mee Udang Port Weld@ Kuala Sepetang, Taiping

Assalamualaikum,

Kepada penggemar mee udang, hari ni saya nak kongsi kat mana boleh makan mee udang yang sedap ni.
Memang sedap sampai kami repeat lagi keesokkan harinya, sebab tak puas makan. Hahahaha.

Gerai ni di Kuala Sepetang@Port Weld. Kiranya dalam 15km dari Pekan Taiping.
Berbaloi drive ke sini dari pekan Taiping sebab rasa mee udang dia memang best.

Secara Ringkas Menu dia :
Mee udang berkuah
Mee udang goreng
Kueteow udang goreng

Harga dia ikut berapa ekor dan berapa besar udang kita nak.
Contoh:
Mee + 5 Ekor Udang Besar rm18.00
Mee + 6 Ekor Udang Sederhana rm13.00
Mee + 6 Ekor udang Kecil rm7.00

Nampak harga macam mahal kan..tapi memang berbaloi baloi kalau makan. Udang dia boleh rasa fresh dan manis sangat.
Kalau datang hujung minggu memang kena tunggu lama sikit kalau order nak siap. Jadi kalau jenis tak sabar bila lapar datanglah hari biasa.

Opss, jangan datang hari Jumaat derang tutup.

Ok, jangan lupa cari mee udang ni tau kalau pegi Taiping.

Byee..jumpa lagi bila ada citer baru.






04 October 2014

Sheraton Park Hotel Chennai, India

Assalamualaikum...

Hari ni nak share sikit pasal hotel yang saya stay masa pergi Chennai minggu lepas 20hb September. Saya nak share sebab selama seminggu stay kat sana servis dia amat memuaskan hati saya.

Buat pengetahuan traveller semua, hotel Sheraton saja yang ada ladies floor. Apa ladies floor ni? Bilik kat area ni hanya perempuan saja boleh masuk dan dia ada security glass door. Nak masuk area tu kena tag dan ada security perempuan berdiri kat situ.

So rasa selamat la kalau takut kejadian yang tak diingini dan travel plak sorg.

Lagi satu khas untuk ladies ada service free drink setiap hari dari pukul 6-8 malam..
Jadi minum la sebanyak mana pun..servis ni depan pintu bilik jer khas untuk ladies jer..
Minum jus jer tau, jgn minum yang lain..hahahaha..

Selain tu staff dia semua friendly habis. Just kawasan ni jauh sikit dari area town, jadi kat area tu xde tempat yang kita bokeh berjalan cuci mata.

Jadi kalau tengah cari hotel dan ada budget lebih cuba la hotel ni..

Boleh book kat Agoda pun ok rate dia.

Hotel Sheraton Park hotel 5 bintang.






30 August 2014

Selamat Hari Merdeka Ke 57

Selamat Hari Merdeka Semua..
Tertarik dengan slogan Disini Lahirnya Sebuah Cinta,saya menulis sedikit cerita untuk berkongsi.
Sebagai kenangan dan ingatan diri sendiri kepada pengorbanan ibu bapa.

Lahir daripada keluarga penoreh getah dan petani hidup kami tidak lah senang.
Dengan adik beradik seramai 7 orang mesti memerlukan banyak belanja dan duit.
Mujur waktu itu masih banyak iklan disungai dan rebung di kebun.
Jadi kami selalu makan ikan sungai dan sayur rebung,sayur paling favourite keluarga sampai sekarang.

Syukur mempunyai mak dan ayah yg bekerja keras siang dan malam untuk Merdeka kan kami dari kemiskinan. Diorang buat dua kerja sehari,pagi menoreh petang ke bendang. Tak pernah kering peluh di badan demi 7 orang anak dirumah.
Kami waktu tu sama seperti budak budak lain tak faham kesusahan keluarga,minta itu ini. Dan mereka selalu berusaha memenuhi.

Kenangan paling tidak dapat dilupakan ada setiap kali kami balik kampung dari asrama.
Ayah akan toreh getah dan kumpul getah sekerap sampai hari Jumaat. Kenapa hari jumaat? Sebab hari sabtu bila kami nak balik semula ke asrama kami boleh bawak duit tu.
Hari Jumaat kami akan tolong ayah kutip sekerap,ada yg rajin ada yang malas mengaduh letih.
Tapi meriah kebun getah dengan kami,susah tapi gembira waktu tu. Tak tau apa perasaan ayah dan mak.
Lepas juai sekerap kami sibuk tanya berapa dapat,biasa masa tu getah yg dikumpul sepuluh hari dapat rm100-150 sebab sekilo baru 3@4 kupang. Dapat duit jual getah ayah bagi kami semua,masa tu tak teringat nak tanya berapa tinggal untuk ayah dan mak.
Biasanya tinggal 0 kat dia dan kami balik ke asrama masing masing. Esoknya lepas kami balik dia terpaksa cari lagi untuk dia dan mak pula. Dan rutin tersebut berjalan selama 40 tahun sehingga kami semua habis belajar. Sebut apa yang kami perlukan untuk belajar,ayah akan usahakan mengadakannya. Syukur juga kakak yang sulung banyak berdikari semasa di universiti dia kerja partime. Kurang sikit beban dia untuk bagi belanja.

Semua kami dihantar ke asrama bermula tingkatan satu. Ayah cakap dia nak kami dok asrama sebab kalau kami tak tau nak buat kerja sekolah senang nk rujuk kawan dan cikgu. Dia hanya belaja sampai darjah enam jadi tak mampu nak tolong nanti. Ayah cakap dia tak mampu bg apa apa,hanya mampu bagi pelajaran. Alhamdulliah 6 dari 7 anak dia semua dah berijazah hanya adik bongsu masih bersekolah.

Kami merdeka dari kemiskinan dan kesusahan dengan pelajaran yang ayah beri.

Inilah kenangan saya,anda pula bagaimana.
Pengorbanan Ibubapa memang tak dapat dibayar,hargai mereka!

Disini Lahirnya Sebuah Cinta.



07 June 2014

Jalan jalan cari Makan di ISLAMIC STEAKHOUSE - Bandar Botanic Klang

Assalamualaikum,
Lama tak dapat nak menulis blog dan berjalan.
Tahun 2014 yang sangat sibuk dengan kerja dan bisnes.
Hari ni terjumpa ISLAMIC STEAKHOUSE Restoran kat Taman Botanic , Klang Selangor.
Rupa-rupanya restoran ni baru buka 3 hari.
Order hari ni:

Beef nachos..RM12.90
Lamb Shoulder wth Garlic Sauce RM20.90
Air Suam rm 0.50

Tak tau kenapa beef nachos tu presentation dia tak menarik mcm dalam menu.
Macam pinggan kecik saja,rasa pun kurengg sikit.
Nasib balik Lamb Shoulder rasa sedap...cover balik cheese nachos.
Yang buat 'spoil' kawan saya order spagheti, waiter tu tak tulis.

Harap2 dimasa depan servis dia cepat sikit..sebab baru 3 hari sy blh accept la.

Selamat menjamu selera...