Get Your Cheapest Hotel Rate Today
19 December 2022
Anda Travel selepas PKP 2 tahun?
21 August 2020
Jalan-Jalan cari Makan Kuala Pilah Kodai Sarapan D'SAWAH
10 August 2020
Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu
21 July 2020
Rosa Melaka - Cuti² Malaysia selepas PKP
15 December 2018
Trip Seoul Korea - Summer 2018
Cuaca summer ni sama jer macam kat Malaysia jadi tak payah bawak jaket bagai, just bawak hoodie jer takut sejuk bila malam atau dalam flight.
Season : Summer 22-28 Celcius.
1)Ticket Flight : RM700 Air Asia X (makan, luggage)
2)Hostel : RM326 / per person - Triple room (2 queen 1 , single bed)
3)Transport Total: 39k
Taxi to Airport masa balik 15k per person.
5)Makan Total : 70k
6)Sewa Portable wifi : 5.5k won / per person (share 3 org)
**list kat sini yang main saja, tak termasuk kos shopping.
Lepas beli kad sila topup berapa yang nak guna.
Cara kedua paling murah naik bus - Airport Limousine - 15k sehala per/person.
Boleh google utk check jika lalu station dekat hotel anda dan number bas. Perjalanan ke airport dgn bus 1 jam 15 mins.
5k utk 3km pertama ( Deluxe/Jumbo Taxi). Boleh pakai T Money untuk bayar fare.
Winter ☑
---------+++++----------++++++--------------
Related post link:-
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2142769269074661&id=100000248257487
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2137092622975659&id=100000248257487
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2139795166038738&id=100000248257487
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2137520349599553&id=100000248257487
#jomtravel
#jomkekorea
31 January 2017
Cuti Cuti Korea - Transport
Kami naik dari KL-Busan ,Busan -KL : D7 0512
Harga tiket flight : RM600++
Jgn beli mcm ni KL-Busan , Busan -KL.
Sebab apa? Sebab kami dh buat..hehehe ..rugi masa dan duit sebab kena patah balik.
Kalau kira tiket Train or bus,still rugi..mmg tiket flight maybe murah rm100@200,tapi jgn lupa nnti nak kena beli tiket bus or train.
Dari Airport kami naik Bus Airport untuk ke Busan Station.
Bus takde tulis no, just ada tulis Airport Limousine Bus,tanya kaunter tourist dlm airport kalau tak sure nk tunggu mana.
Bus akan stop kat Traffic Light opposite Busan Station. Jadi kita kena lintas jalan.
Memandangkan kami dah shopping sakan kat Seoul,beg pun dah beranak maka kami tak larat nak naik bus dan subway dah.
Kami naik teksi,suh owner guest house bgtau nak ke airport.
Tambang satu teksi 12,000 won (kami share 3 orang)
Bila kira balik murah lagi naik teksi dr naik bus masa datang..hehehe
Dari Busan ke Seoul naik KTX, tren laju,mmg semua nak try.
Tapi kami tak book,sbb time nk book online tak sure..
Memandangkan kami p time weekend maka tiket pun habis.
Yang ada hanya lah timet berdiri..haa sanggup?? Sebab dh book guesthouse kat Seoul kami pn naik la KTX tiket berdirii..huhuhuhu
Masa 2 jam 45 minit
Dalam masa 10bari kami guna T Money@ Cash Bee.
Beli Cash Bee kat kdai mcm7 eleven dlm Busan Aiport. Selain dari convenient store boleh juga beli di Vending machine kat train/subway statikn. Ada gak mesin topup utk tambah kredit. Jadi topup sikit dulu.
Harga Kad -2000 won kalau beli kat vending machine
Pastu tolup 30,000 won cukup utk cover 10 hari naik Subway&Bus.
Balance siap boleh beli air pisang lagi..
Memang mudah just check dlm apps nak naik or turun station mana.
Kalau xde tenet print la map subway siap2.
Bila bergerak banyak guna subway pastikan korg bersedia nak jalan banyak.
Kebanyakkan subway kena naik tangga tinggi.
Disebabkan kami tersalah beli tiket,pergi dan balik dari Seoul maka kami kena patah balik. Nak jimatkan kos lagipun ada banyak masa kami naik la train slow pulak.
Kali ni beli sehari awal sebab takut kena berdiri. Kami naik Dari Seoul Station ke Busan Station.
Masa : 5jam 30 minit(nasib baik duduk)
Tips; Bawak makanan sebab nnti lapar..hehehe
ITX ni mcm KTM komuter, dia p jauh sikit. Kalau subway mcm LRt.
Tapi ITX ni dia laju dan ada station tertentu saja berhenti.
Tambang : 4,800 won sehala
Tambang Teksi : 3000 won (lebih kurg)
Lokasi untuk naik kena tuggu kat Duty Free Shop Guangwha.
Waktu Bus Berlepas pergi : 8.00pagi
Waktu Bus Bertolak balik: 4.00ptg
Masa 3 jam pergi, 3jam balik..klu jammed time balik lagi lama.
11 May 2016
Kuala Lumpur : Banda Aceh - Pulau Weh
24 April 2016
Jalan Jalan Cari Makan Boat Noodles
ASSALAMUALAIKUM...
Rakan rakan pembaca sekelian,hari ni aku nak share pasal makan di Aroii Thai Boat Noodles restoran. Banyak restoran boat noodles, yang aku makan ni kat Shaftbury Cyberjaya.
Apa yang menarik sangat restoran ni? Mesti la cara dia hidang makanan dia dalam mangkuk@bowl. Semua makanan dalam mangkuk okey..Selain tu harga setiap makan dan minuman dia cuma RM1.90. Sebab harga RM1.90 ni lah salah satu faktor restoran ni jadi viral.
Nama pun restoran thai mesti la menu dia thai food. Menu boat noodles dan street food di thailand yang popular semua ada.
Disebabkan harga yang murah portion makanan dia pun ciput la. Itu yang orang order banyak sampai bertingkat tingkat. Ini juga satu strategi marketing harga murah dan nampak ciput ko akan order banyak. Dia gunakan kaedah psikologi dalam marketing, sangat pandai dan berkesan.
Rasa makanan pada aku hanya biasa, taklah special sangat.
Kami datang berempat,total kos makan RM51. Jemput tengok gambar.
Alamat
AROII THAI Bowl Noodled & Street Food
Unit P1-31,2350 Shaftbury Square, Persiaran Multimedia Cyberjaya 6, Selangor Darul Ehsan.
Jalan Jalan Cari Makan -Abah & Sons
ASSALAMUALAIKUM..
Kepada yang tak ada idea nak makan korang boleh cuba restoran Abah & Sons di Lakefields Sungai Besi,KL. Aku suka makan kat sini sebab makanan dia sesuai dengan harga, tak terlalu mahal @ overpriced bagi satu restoran berkonsep.
So kalau bawak family ramai pun tak pengsan bila tengok bil.
Selain harga, masakan dia pun sedap dan masa tunggu pun tak lama sangat. Aku selalu makan nasi goreng tomyam. Tapi hari ni aku try Tomyam dan Kueteow goreng seafood.
Pastu yang best air teh ais thai dia,buat aku rasa acam kat bangkok. Hahaha.
Sesapa minat makan thai,mai la try.
Dekorasi restoran ni berkonsepkan motor lama cam skuter dan suasana kedai kopi lama@antik. Manakala menu pula lebih kepada Thai food. Antara menu yang dihidangkan adalah Tomyam,Somtam,Padthai,Meehon sup dan Nasi Goreng Tomyam
Harga makanan aku makan hari ni;
Tomyam (ketam,sotong,ayam) =RM15.00
Kueteow Goreng Seafood = RM7.00
Teh Ais Thai =RM3
Ice Lemon Tea=RM3
Lokasi:
Lakefield Sungai Besi, KL
22 November 2015
Jalan Jalan Singapore Okt 2015
Short trip ke Singapore
Kat sini nak share few tempat yg sempat pegi.
Transport
Mula mula mesti la kita kena cari transport sbb nak bergerak kan.hehehe
Disebabkan 3 hr 2 mlm blh amik Tourist Pass
$20 + $10 deposit. Pass ni ada byk jenis,ada yg pakej termasuk fees utk masuk tmpt attraction macam Universal Studio(USS).
China Town
Cenderahati@Souvenier Murah.
Biasalah bila travel sure kita nak beli something sbg kanangannkan. So kalu sg blh beli kat Chinatown atau Bugis Village. Chinatown - Nak ke sini boleh naik MRT dan turun kat station Chinatown. Bila naik atas jer mcm kat Petaling Street juga,kiri kanan org jual macam macam kat sini.
Fridge magnet 5pcs $10 @ 6@$10
Beg singapore 5pcs @$10
Tshirt I love SG 5pcs @$10
Branded Handbag Murah
Ini berita baik pada peminat handbag. Bila survey handbag yg original kalau company dgn harga kat KL kat department store sini lagi murah.
Makanan Halal
Food Court@Kopitiam Vivo City
Ada 2 foodcourt satu Kopitam B2 dan Food Pavillion Level 3.
Yang kat level 3 tu hanya 1 kedai ja halal food. Jadi turun kat bawah level B2 sini semua gerai halal food. Ada tulis kat setiap stall tu macam halal cert.
Harga makanan average $5 ke atas,kira ok juga (jgn convert) .hahaha
31 July 2015
Cuti Cuti Pulau Perhentian
Assalamualaikum dan salam ceria..
Nak share sikit pasal budget trip ke Pulau Perhentian June hari tu..
KOS
Tiket Bus return rm88
Pakej chalet+bot+snorkeling :rm280
Makan : rm50.00-70.00
Trip ni 4 hari 3 Malam...
Day 1
Naik Bus dari BTS,KL ke Kuala Besut.
Tiket Bus RM44
Naik Bus ;10.30
Sampai Kuala Besut Pukul 6 pagi.
Dah sampai kami lepak kat station bus,tggu pukul 8.30 bot kami ke Perhentian.
Masa turun Bus ada agent2 yang tnya sesapa belum booking bot@pakej boleh beli dengan diorang.
Kat area bus station pun ada beberapa travel agen dan budget hotel/ hostel.
So kalau yang datang tak beli pakej boleh la survey. Tapi kalau peak season tak digakkan.
Sementara tunggu bot kami sarapan kat warung tepi Jetty. Sedap nak dagang dia..boleh try.
Naik bot pukul 9.30 sampai Perhentian 10.00
Dalam 30-40 minit gak.
Pukul 10.30 - dari Nelayan Beach Resort kami berjalan ke Kg Nelayan. 15-20 minit berjalan.
Kat Kg Nelayan ada beberapa kedai makan dan kedai runcit. Kat sini juga ada kemudahan asas, Masjid, Sekolah,Balai Polis,Pejabat Pos dll.
Kedai makan kat sini lebih murah dari area Resort@Chalet.
Pukul 3.00 petang
Dari Petani Beach kami trekking untuk sampai ke Long Beach dan Kincir Angin.
Masa 1jam 30 minit sampai ke long Beach.
Masa Trekking ni lalu semua beach@resort yang ada kat pantai,menarik juga boleh tengok resort yang lain.
Dari long beach ada dua cara untuk naik ke Kincir angin .
1)Jalan kaki ikut track- kena mendaki bukit. Amik masa 30 minit gak. Letih juga nak jalan, so kalau jenis semput pikir2 dulu..heheheh
2)Naik Bot ke tangga yang digunakan untuk sampai ke Kincir Angin. Bot kena bayar rm6 per person dr Long Beach. Anak tangga dia banyak juga dan tinggi.
Kami makan kat tepi pantai di Long Beach dan lepak sampai malam..tiba tiba hujan lebat so tak boleh balik ke Resort sebab ombak kuat,bot tak blh jalan.
Tunggu la sampai hujan reda, dekat pukul 11 malamjuga.
Kat Long Beach tempat paling happening kalau di perhentian waktu malam. Ada pertunjukkan orang main api..xtau plak apa derang panggil.
Day 2
Pukul 10.30 pagi kami naik Bot untuk trip Snorkling kat Pulau Redang..Yeayy
Dari Perhentian Kecil ke Redang naik speedboat dalam 1 jam juga nak sampai.
Kami berhenti mandi manda dulu kat Redang Beach sebelum pegi Snorkeling.
Dua tempat kami pegi snorkling.
1)Taman Laut
2)Lang Tengah
Paling best dan cantik kat Lang Tengah.
Sesapa yang datang bukan dengan pakej jangan risau sebab boleh jer join mana mana group untuk snorkling. Hari tu tengok area yang murah dia offer pakej ni kat Coral Beach. Coral Beach pun ada beberapa chalet yang boleh survey.
Dah puas snorkling kami bertolak balik ke Perhentian. Pukul 5 sampai kami singgah di Kg Nelayan untuk makan dan beli Roti.
Tips; Sila bawak roti time snorkling kat taman laut. Boleh bagi makan ikan dan tengok ikan berkumpul.
Day 3
Free and Easy hari ni. Snorkling dan mandi manda depan chalet.
Check out pukul 4 petang dan naik bot balik ke Kuala Besut.
Beli Tiket Bus Sani Express ke Kl rm44 sorang.
Pukul 9.30 naik bus balik ke KL
Sampai TBS pukul 3 pagi.
Jalan Jalan Cari Makan Fatima Banana Leaf
Assalamualaikum..salam Sejahtera..
Hari ni terjumpa kedai Nasi daun pisang baru Buka kat area Menara UOA Bangsar.
Nama Restoran : Fatima Banana Leaf.
Website ; www.fatima.com.my
Harga Banana Leaf Meal blh tgk kat gambar.
Share Gambar untuk rakan2











