Get Your Cheapest Hotel Rate Today

30 August 2014

Selamat Hari Merdeka Ke 57

Selamat Hari Merdeka Semua..
Tertarik dengan slogan Disini Lahirnya Sebuah Cinta,saya menulis sedikit cerita untuk berkongsi.
Sebagai kenangan dan ingatan diri sendiri kepada pengorbanan ibu bapa.

Lahir daripada keluarga penoreh getah dan petani hidup kami tidak lah senang.
Dengan adik beradik seramai 7 orang mesti memerlukan banyak belanja dan duit.
Mujur waktu itu masih banyak iklan disungai dan rebung di kebun.
Jadi kami selalu makan ikan sungai dan sayur rebung,sayur paling favourite keluarga sampai sekarang.

Syukur mempunyai mak dan ayah yg bekerja keras siang dan malam untuk Merdeka kan kami dari kemiskinan. Diorang buat dua kerja sehari,pagi menoreh petang ke bendang. Tak pernah kering peluh di badan demi 7 orang anak dirumah.
Kami waktu tu sama seperti budak budak lain tak faham kesusahan keluarga,minta itu ini. Dan mereka selalu berusaha memenuhi.

Kenangan paling tidak dapat dilupakan ada setiap kali kami balik kampung dari asrama.
Ayah akan toreh getah dan kumpul getah sekerap sampai hari Jumaat. Kenapa hari jumaat? Sebab hari sabtu bila kami nak balik semula ke asrama kami boleh bawak duit tu.
Hari Jumaat kami akan tolong ayah kutip sekerap,ada yg rajin ada yang malas mengaduh letih.
Tapi meriah kebun getah dengan kami,susah tapi gembira waktu tu. Tak tau apa perasaan ayah dan mak.
Lepas juai sekerap kami sibuk tanya berapa dapat,biasa masa tu getah yg dikumpul sepuluh hari dapat rm100-150 sebab sekilo baru 3@4 kupang. Dapat duit jual getah ayah bagi kami semua,masa tu tak teringat nak tanya berapa tinggal untuk ayah dan mak.
Biasanya tinggal 0 kat dia dan kami balik ke asrama masing masing. Esoknya lepas kami balik dia terpaksa cari lagi untuk dia dan mak pula. Dan rutin tersebut berjalan selama 40 tahun sehingga kami semua habis belajar. Sebut apa yang kami perlukan untuk belajar,ayah akan usahakan mengadakannya. Syukur juga kakak yang sulung banyak berdikari semasa di universiti dia kerja partime. Kurang sikit beban dia untuk bagi belanja.

Semua kami dihantar ke asrama bermula tingkatan satu. Ayah cakap dia nak kami dok asrama sebab kalau kami tak tau nak buat kerja sekolah senang nk rujuk kawan dan cikgu. Dia hanya belaja sampai darjah enam jadi tak mampu nak tolong nanti. Ayah cakap dia tak mampu bg apa apa,hanya mampu bagi pelajaran. Alhamdulliah 6 dari 7 anak dia semua dah berijazah hanya adik bongsu masih bersekolah.

Kami merdeka dari kemiskinan dan kesusahan dengan pelajaran yang ayah beri.

Inilah kenangan saya,anda pula bagaimana.
Pengorbanan Ibubapa memang tak dapat dibayar,hargai mereka!

Disini Lahirnya Sebuah Cinta.



07 June 2014

Jalan jalan cari Makan di ISLAMIC STEAKHOUSE - Bandar Botanic Klang

Assalamualaikum,
Lama tak dapat nak menulis blog dan berjalan.
Tahun 2014 yang sangat sibuk dengan kerja dan bisnes.
Hari ni terjumpa ISLAMIC STEAKHOUSE Restoran kat Taman Botanic , Klang Selangor.
Rupa-rupanya restoran ni baru buka 3 hari.
Order hari ni:

Beef nachos..RM12.90
Lamb Shoulder wth Garlic Sauce RM20.90
Air Suam rm 0.50

Tak tau kenapa beef nachos tu presentation dia tak menarik mcm dalam menu.
Macam pinggan kecik saja,rasa pun kurengg sikit.
Nasib balik Lamb Shoulder rasa sedap...cover balik cheese nachos.
Yang buat 'spoil' kawan saya order spagheti, waiter tu tak tulis.

Harap2 dimasa depan servis dia cepat sikit..sebab baru 3 hari sy blh accept la.

Selamat menjamu selera...





08 December 2013

Bercuti Ke Singapore- Hotel, Hostel, Shopping ,Unversal Studio Tiket

Salam,

Kat sini saya nak share kat mana saya beli tiket,booked hotel anda sedikit mklumat supaya semua yang nak pegi USS atau Singapore boleh jadikan rujukan.
 Kat sini saya nak share apa yang saya dapat hasil daripada research beberapa hari yang saya buat sebelum ke SG.


Check list untuk trip ke SG:

1-Transportation
KL - SG

FLIGHT
Saya tau ramai yang syorkan kami KL-JB-USS sebab jimat kos kalau stay kat JB.
Tapi kami memilih KL-SG , maknanya stay di hotel kat Singapore.

Jetstar & Air Asia  :  KL -Singapore
Compare harga tiket bus,keretapi,flight dan kos minyak dan tol klu drive dari KL ke Jb.
Tapi bila kira kos kami yang 8 orang ni kena naik 2 kereta agak mahal jugak.
Jadi kami amik Flight ja, Jetstar. Dah check time tu Jetstar paling murah compare ngan Air Asia.
Tiket return KL-SG RM149 sorang, no check in luggage.
Jetstar berlepas dari KLIA airport Main Terminal dan sampai di Terminal 1 Changi Airport Singapore.
Jetstar ada banyak flight ke Singapore setiap hari, boleh check dan book online kat website dia.

BUS Express -KL-Singapore
Selain dari tu ada banyak BUS Ekpress yang buat perkhidmatan dari KL ke Singapore. Boleh google , ada yang boleh beli online. Kos naik bus KL-SG return RM120-RM150 gak.

Transit Buss - JB-Singapore
Kalau betul-betul nak jimat naik Bus biasa dari JB ke Singapore , kos dalam $2 jer. Tapi korang nanti kena beratur panjang nak cop passport.

Train : KL-Singapore
Kalau naik train perjalanan amik masa 8jam juga.
Tiket boleh check kat sini www.KTM.gov
Hari tu check tiket dah habis, kalau seat duduk RM55 one way.

.

2-Accomodation
- Hotel / Hostel di Singapore

Kami memilih untuk tinggal kat hotel kali ni, iaitu  V Hotel Lavender.
Macam biasa mula - mula aku compare hotel kat Agoda dan Booking.com
Jadi aku choose Hotel V Lavender sebab dia dekat ngan MRT Station Lavender, senang nanti nak keluar.
Mahal gak hotel ni, tapi yang ni paling convenient lokasi dia dan masih ada kosong bilik dia.
Kat bawah hotel ni ada makanan halal , 2-3 restoran kat sini, jadi senang nak makan.
Total Price 2 Family Room: 3Day 2Night $840  (ada 1 Katil King dan 1 Single)
Kami semua 6 orang dewasa, 2 kanak tido dgn selesa

Pilihan pertama nak tinggal jer kat hostel sebab jimat giler. Anda hostel yang murah dan sesuai untuk family 88, tapi dalam 10 minit jalan ke station MRT. Hostel ni member yang recommend, dia stay kat sini ngan baby dia yang 5 tahun tu.
Tetapi ada hostel yang tak benarkan kanak kanak bawah 12 thn stay. Ada yang boleh tapi dah full booked, yer lah cuti sekolah.

Kalau sesapa yang suka makan nasi korang boleh stay area Bugis, sini banyak restoran Halal.

Kepada yang nak pergi just fokus nak main semua benda kat Sentosa, boleh pilih bermalam kat sini.
Kat Sentosa bukan jer ada USS, ada Zoo,tapi ada macam-macam lagi, korang boleh check kat website Resort World Sentosa. Kalau nak pegi semua tempat menarik ni saya syorkan korang pegi 4 hari 3 malam.

- Hotel / Hostel di JB

Memang murah kalau hotel di JB, paling senang boleh stay kat TUNE hotel JB sebab ada shuttle Bus direct ke USS. Tiket Bus ni biasanya RM30 seorang. Check kat sini hotel kat JB, pastikan hotel tu ada shuttle bus lebih senang nak ke USS , lagilah kalau bawak kanak-kanak.
Ada juga hotel yang memang ada buat pakej ke USS.

3-Beli Tiket USS
Dah tujuan utama nak pegi Singapore sebab USS, jadi kena pastikan ada tiket USS.
Survey punya survey, lastly beli kat website Sentosa Resort World Sentosa sebab ada diskaun 15% untuk pelanggan Maybank. Boleh guna debit kad ataupun kredit kad.

Lepas baca review kat blog kebanyakan cakap kalau peak season masa beratur naik main sampai 1 jam, ngeri gak ni. Memang pun time beratur 30-90minit, jadi kalau boleh beli la tiket ekpress.
Tiket ekpress ni boleh juga beli on the spot kat dalam USS.
Harga tiket $ 63 sorang untuk dewasa, kanak $49.
Tiket express $50 sorang (1 time ekpress, klu unlimited express $70)

Kat Hotel kami stay pun ada jual tiket USS dengan harga $63 termasuk shuttle dari hotel ke USS. Kiranya murah gak ni.

Selain tu korang boleh juga beli tiket di AsiaTravel, tap saya takde pengalaman beli kat sini. Ada juga orang yang beli di Facebook dan blog yang tawarkan harga murah.

***
Tips:

1- Kalau korang betul betul nak explore semua tempat kat SG kena pegi at least 4 hari 3 malam.
Biasanya kalau bawak kanak2 mesti masa habis seharian kat dalam USS dan kanak kanak dah letih lepas tu.
2-Kalau pergi musim hujan Bawak "Poncho" baju hujan yang nipis tu kalau nk jimat (kat dlm USS jual $ 4 satu). Lagipun ada 1 ride yang basah kat dlm USS. Beli kat testco baru RM3,tak pun kat kedai RM2 pun banyak.
3-Kalau nak stay kat JB sila confirmkan shuttle BUS terakhir balik ke JB pukul berapa.
4-Hari Sabtu USS tutup pukul 10.00 malam.
5-Hari Sabtu ada Parade kat USS.
6-Beli Souvenior kat Bugis Street paling murah.
7-Elakkan menaikki teksi sebab kebanyakkan reviews saya baca banyak bad feedback, tapi korang boleh cuba sendiri, saya tak cuba sebab takut juga.
8-Kalau ada budget lebih belilah Tiket Express sebab kanak-kanak nanti penat nak beratur.

Kesimpulannya stay kat JB memang murah giler berbanding kat Singapore ,tetapi kalau stay kat SG kelebihanya korang boleh merayau sampai lewat dan pergi tempat-tempat lain yang menarik kat SG.
So semuanya bergantung kepada budget masing-masing.

Tq kepada yang membaca, hope ada info yang korang boleh guna kalau nak pegi USS.
Boleh tanya kalau ada apa2 yang korang nak tau.
Enjoys!!