Get Your Cheapest Hotel Rate Today

28 July 2015

Cuti Cuti Korea - Accomodation

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.

Post kali ni nk share accomodation yang kami guna time bercuti ke Korea 11-21 Jan kat sana.
Selama 11 hari ni kami try 3 jenis tempat tidoq yang berbeza di Seoul dan Busan.
Semua booking siap-siap online, ada yang bayar online ada yang time stay baru bayar. So senang nak budget berapa duit nak bawak


1)Hanok (Hanok Village Seoul), Area Jongro,Seoul

Hanok Guesthouse 201

Disebabkan terpengaruh dengan cerita Korea petang-petang masa kecik, kami pun semangat nak try duduk kat rumah tradisional Korea yang nama dia Hanok tu.
Hanok ni rumah tradisional yang diwarisi turun temurun dari beberapa keturunan yang dulu. Klu besar rumah tu maka datuk nenek dia dulu org bangsawan atau pegawai Istana.
Ada yanag beratus dan beribu tahun tapi masih cantik terjaga baik.

 Ni gambar kat luar rumah yang kami duduk. Tu yang putih tu pintu gelongsor untuk masuk bilik masing-masing.
 Ni pulak toilet diluar rumah berhadapan dengan bilik.


Harga bilik Double : RM180++ semalam, booking awal boleh murah sikit.
Total Stay : 3 hari 2 Mlm
Free Breakfast daily (kami bantai sampai kenyang dan siap tapau)
Kami pilih yang ni sebab murah kena dengan budget ciput kami tapi yang penting dapat rasa stay kat hanok dan complete check list. Selain dari murah Rating Hanok ni kat Agoda sangat baik 8.5(Excellent)
Kecik ja bilik dia dan agak sejuk wlupun lantai dia heater. -3@-5 kot malam,siap ada snow lagi time tu. Overall memang puas hati duduk sini selalu tengok dalam drama saja. hahaha.

Boleh check kat Agoda kalau nak tengok hanok lain yang sesuai dengan budget.


2)BNB - Apartment ( Near Seoul Station)
Paling lama kami stay kat apartment sbb kami ramai 6 org jadi jimat gak la.
Harga Studio Apartment : 480 usd
Stay : 5 hari 6 Mlm
Free Egg wifi ..blh usung ke mana saja.
Ada washing machine
Ada kitchen leh masak
Ada Tv Besar.
Studio ni jadi kecik sebab kami ramai. Kihkih
Booking kat Bn Hero

3)Hostel (Busan)

Kat Busan harga hotel dgn BnB dia agak mahal dari Seoul. Paling murah staybkat hostel.
Hostel ni xde lift jadi kena naik tangga. Kalau luggage berat, sendiri mau ingat. Huhuhu
Stay ; 3 hari 2 mlm
Harga : rm 48 per person (dorm 6ppl).
Hostel ni kami booking melalui agoda.

Boleh Tengok sini hotel/hostel kat busan.
Jika nak senang stay area Busan Station (mcm KL sentral) senang nk connect ke mana-mana.

06 January 2015

Senarai Hostel Murah Di Patong Phuket,Thailand


Assalamualaikum,

Hari ni tengah survey hostel kat Patong, Phuket jadi buat note dan share kat sini hostel yang murah.
Kalau nak cari hostel area Patong yang dekat dengan pantai, sila tengok map dulu. Sebab saya pernah stay kat The Belle Hotel Patong ,kat web tulis dekat dengan pantai, sekali time check in jauh daa.. So sila survey lokasi juga.

 Hostel Murah Di Patong Phuket

1  Capsule Hostel Patong

HARGA  DARI  RM25.82

Hostel Capsul lain sikit daripada hostel biasa, jadi macam menarik juga kalau try. Review kat Agoda pun bagus. Capsule hostel ni macam bilik-bilik kecik jadi lebih privasi sikit kalau nak bandingkan dengan hostel biasa. Harga pun murah, untuk seorang boleh ambil yang single, masa promosi harga dari RM25 ++ untuk seorang.

Picture From Agoda






2  Dfeel Hostel

HARGA DARI RM36.95

Hostel ni memang dapat sambutan ramai, kalau untuk yang single memang cepat habis. Jadi kena booking awal sikit. Tapi yang bestnya hostel ni untuk bilik Double/twin dia murah juga, bilik pun macam hotel bukan macam hostel lagi. Harga untuk bilik Double dari RM70++ bergantung pada musim.

Picture From Agoda


Kool Backpacker Hostel

HARGA DARI RM27.71

Hostel ni memang sama macam hostel-hostel biasa tapi yang bestnya location dia memang central.
Kawasan tengah-tengah Patong, tapi apa yang tak best sikit kawasan ni banyak night club jadi mesti bising kalau time nak tido. Jadi kalau tak suka bising jangan pilih hostel ni. Harga memang murah kalau untuk dorm.

 

Balcony Hostel Patong

HARGA DARI RM46.18

Sesuai dengan nama dia, hostel ni ada balcony, jadi sesuatu yang berlainan dari hostel biasa kat Phuket ni.
Hostel ni ada review/rating yang tinggi dalam Agoda. Ramai yang bagi review hostel ni bersih.
Harga hostel ni pun mahal sikit dari yang lain, tapi kira murah lagi la kalau bawah RM50 tu kan..
Sini juga ada double room tapi mahal sikit harga bilik double, sama dengan rate hotel pulak.



28 November 2014

Jalan Jalan Cari Makan - Mee Udang Port Weld@ Kuala Sepetang, Taiping

Assalamualaikum,

Kepada penggemar mee udang, hari ni saya nak kongsi kat mana boleh makan mee udang yang sedap ni.
Memang sedap sampai kami repeat lagi keesokkan harinya, sebab tak puas makan. Hahahaha.

Gerai ni di Kuala Sepetang@Port Weld. Kiranya dalam 15km dari Pekan Taiping.
Berbaloi drive ke sini dari pekan Taiping sebab rasa mee udang dia memang best.

Secara Ringkas Menu dia :
Mee udang berkuah
Mee udang goreng
Kueteow udang goreng

Harga dia ikut berapa ekor dan berapa besar udang kita nak.
Contoh:
Mee + 5 Ekor Udang Besar rm18.00
Mee + 6 Ekor Udang Sederhana rm13.00
Mee + 6 Ekor udang Kecil rm7.00

Nampak harga macam mahal kan..tapi memang berbaloi baloi kalau makan. Udang dia boleh rasa fresh dan manis sangat.
Kalau datang hujung minggu memang kena tunggu lama sikit kalau order nak siap. Jadi kalau jenis tak sabar bila lapar datanglah hari biasa.

Opss, jangan datang hari Jumaat derang tutup.

Ok, jangan lupa cari mee udang ni tau kalau pegi Taiping.

Byee..jumpa lagi bila ada citer baru.