Get Your Cheapest Hotel Rate Today

15 December 2018

Trip Seoul Korea - Summer 2018


Assalamualaikum semua.

kali ni saya just share tips untuk short trip ke Seoul Korea. Trip ni last minute plan dalam 2 bulan sebelum fly dan time summer pulak tu.. hehehe
Cuaca summer ni sama jer macam kat Malaysia jadi tak payah bawak jaket bagai, just bawak hoodie jer takut sejuk bila malam atau dalam flight.
Seoul ni tourist friendly juga jadi boleh jer pergo sendiri tanpa ikut travel group. Tapi tak sesuai pada warga tua yang tak larat jalan kalau pakai public transport, banyak tangga dan memang kena banyak jalan.

Summary - Trip Seoul, Korea (5 hari , 4 mlm).
Season : Summer 22-28 Celcius.
Trip Type: Budget - Free & Easy

Total Kos : All in termasuk shopping RM1500.00/sorg.

Kos details:
1)Ticket Flight : RM700 Air Asia X (makan, luggage)

2)Hostel : RM326 / per person - Triple room (2 queen 1 , single bed)

3)Transport Total: 39k 
Subway - beli T money kad 4k won + topup 20k won utk 5 hari.

Taxi to Airport masa balik 15k per person.

5)Makan Total : 70k 
Kos makan ni sebenarnya subjective, ikut selera sendiri klu makan luar sila budget at least 10-20k won. 
Kami mmg lunch dan makan malam kat luar. 

6)Sewa Portable wifi : 5.5k won / per person (share 3 org)

**Yang tulis won mmg byr pakai won
**list kat sini yang main saja, tak termasuk kos shopping.

Tips@Note :
1) T Money 
Boleh beli kat vending machine di subway station murah 1k daripada beli kat beli kat 7-11@Convenience store. VM 3k, Con. Store 4k.
Lepas beli kad sila topup berapa yang nak guna.

T Money boleh guna kat bus, subway, taxi & mana² kedai yang ada logo T money.

Boleh pinjam kad ni dgn rakan yang dah p Korea kalau nak lagi jimat. Dia tak expired,just topup boleh guna balik. Jimat 3k hehehe.

2) Aiport ke Central Seoul

Transport paling murah dari airport ke Seoul Central adalah Train - amik yang All Station (bukan tren Xpress tau) boleh pakai T Money. Dlm 53 mins sampai Seoul Station.

Cara kedua paling murah naik bus - Airport Limousine - 15k sehala per/person.
Boleh google utk check jika lalu station dekat hotel anda dan number bas. Perjalanan ke airport dgn bus 1 jam 15 mins.

3)Airport

Airport Incheon Tak ada restoran Halal(klu salah tlg betulkn), so pandai² makan@tapau siap². Bila lepas imigresen dh xde convenient store.

Terminal 1 dan Terminal 2 agak jauh. Pastikan terminal yang betul masa nak balik. Ada free shuttle bus dr T1 ke T2.

Dari Central Seoul ke airport ambil masa 1 jam lebih jadi plan pukul berapa nak gerak bagi mengelakkan lambat sampai airport.

4)Taxi
Taxi Fare :  3k utk 3km pertama ( taxi biasa)
5k utk 3km pertama ( Deluxe/Jumbo Taxi). Boleh pakai T Money untuk bayar fare.

Amik Business kad atau alamat hotel anda sebab nanti mudah nak bagitau mana nak pergi. Diorang kebanyakkan tak tau English.

Jangan naik tourist cab sebab caj dia mahal. Tapi driver tourist cab ni kelebihan dia pandai English.

5) Souvenirs& Brooch
Shopping Souvenir yang murah kat Namdaemun market.




7)Starbuck
Kalau nak beli tumbler starbuck sila beli kat outlet di Seoul Central sebab kat airport limited choice. Beli tumbler dapat free drink boleh redeem on the spot. Kalau nak beli 10 tumbler sila beli awal so hari² boleh redeem free drink tu ☕☕☕ . Jangan risau dia tak guna tumbler yang kita beli tu.

8)ATM Mesin
Rate withdraw duit kat ATM agak mahal, 100k won RM390+RM6 fee. Kalau emergency boleh lah withdraw. Masa ni rate money changer 100k RM373.

Pastikan activate pengeluaran luar negara kat mesin  ATM di Malaysia atau online banking dulu yer.

9)Makan
Kebanyakkan restaurant akan bagi harga pakej jimat untuk lunch(pukul 1-3 petang). Kalau nak jimat sila makan waktu ni. Kat luar kedai akan ada promo board ni. Memang jimat contoh 12k, time promo dalam 6-8k jer.
Nak jimat lagi bawak stok makanan dari Malaysia.

10) Hanbok 
Kalau nak pakai Hanbok sila amik yang boleh masuk Palace boleh jimat entrance fees. Rate sewa ikut jenis baju, sila check dan tanya before sewa.



Summer ☑
Winter ☑


---------+++++----------++++++--------------
Related post link:-

Sewa Wifi @Korea



Changdeoukgong 



Shopping Time!

Myeongdong Shopping Street
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2142769269074661&id=100000248257487



Ewha Woman University Shopping Street
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2137092622975659&id=100000248257487





Namdaemun Market

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2139795166038738&id=100000248257487





Itaewon
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2137520349599553&id=100000248257487


#seoulkoreatrip
#jomtravel
#jomkekorea

31 January 2017

Cuti Cuti Korea - Transport

Assalamualaikum..salam sejahtera..


Jom tgk apa transport selama 10 hari bercuti ke korea..

1) Flight - of course AirAsia sebab murah..
Kami naik dari KL-Busan ,Busan -KL : D7 0512

Harga tiket flight : RM600++



Kat sini nk share sikit kalau berhajat nk Seoul & Busan elok beli tiket mcm ni: KL-Busan-Seoul-KL.
Jgn beli mcm ni KL-Busan , Busan -KL. 
Sebab apa? Sebab kami dh buat..hehehe ..rugi masa dan duit sebab kena patah balik.
Kalau kira tiket Train or bus,still rugi..mmg tiket flight maybe murah rm100@200,tapi jgn lupa nnti nak kena beli tiket bus or train.


2)Airport Limousine Bus (Busan Airport - Busan Station)

Dari Airport kami naik Bus Airport untuk ke Busan Station.
Bus takde tulis no, just ada tulis Airport Limousine Bus,tanya kaunter tourist dlm airport kalau tak sure nk tunggu mana.
Tambang =6000 won.
Busan Station macam KL sentral la tempat ni. Kami nak ke Seoul dengan KTX. Memang dh berangan nk try KTX ni.
Bus akan stop kat Traffic Light opposite Busan Station. Jadi kita kena lintas jalan.

3)Meter Taxi - Busan Guest House ke Busan Airport

Memandangkan kami dah shopping sakan kat Seoul,beg pun dah beranak maka kami tak larat nak naik bus dan subway dah.
Kami naik teksi,suh owner guest house bgtau nak ke airport.
Tambang satu teksi 12,000 won (kami share 3 orang)
Bila kira balik murah lagi naik teksi dr naik bus masa datang..hehehe 

4) KTX (Keretapi Express)

Dari Busan ke Seoul naik KTX, tren laju,mmg semua nak try.
Tapi kami tak book,sbb time nk book online tak sure..
Memandangkan kami p time weekend maka tiket pun habis.
Yang ada hanya lah timet berdiri..haa sanggup?? Sebab dh book guesthouse kat Seoul kami pn naik la KTX tiket berdirii..huhuhuhu
Tambang 50,000 won walaupn berdiri.
Masa 2 jam 45 minit
Tapi yang bestnya berdiri stabil jer xde pula rasa nk tersembam kalau time nk berhenti. Ramai rupanya yang berdiri. Tak la kesian sangat,ada vending mesin coffea dekat tempat berdiri.
NO Gerabak dia panggil Car N0: jadi naik la kat car yang betul.

5)Subway

Dalam masa 10bari kami guna T Money@ Cash Bee.
Beli Cash Bee kat kdai mcm7 eleven dlm Busan Aiport. Selain dari convenient store boleh juga beli di Vending machine kat train/subway statikn. Ada gak mesin topup utk tambah kredit. Jadi topup sikit dulu.
Harga Kad-3000 Won kalau beli kat 7 E
Harga Kad -2000 won kalau beli kat vending machine
Pastu tolup 30,000 won cukup utk cover 10 hari naik Subway&Bus.
Balance siap boleh beli air pisang lagi.. 
Tips, sila download app utk Subway kalau anda ada wifi@tenet.
Memang mudah just check dlm apps nak naik or turun station mana.
Kalau xde tenet print la map subway siap2.
Bila bergerak banyak guna subway pastikan korg bersedia nak jalan banyak.
Kebanyakkan subway kena naik tangga tinggi.

6)Train Mugunghwa (Seoul Ke Busan)

Disebabkan kami tersalah beli tiket,pergi dan balik dari Seoul maka kami kena patah balik. Nak jimatkan kos lagipun ada banyak masa kami naik la train slow pulak.
Kali ni beli sehari awal sebab takut kena berdiri. Kami naik Dari Seoul Station ke Busan Station.
Tambang : 28,600 Won
Masa : 5jam 30 minit(nasib baik duduk)
Tips; Bawak makanan sebab nnti lapar..hehehe

7)ITX (Seoul Station ke Nami Island)

ITX ni mcm KTM komuter, dia p jauh sikit. Kalau subway mcm LRt.
Tapi ITX ni dia laju dan ada station tertentu saja berhenti.
Kami naik dari Seoul Station turun kat Gapyoeng station.
Tambang : 4,800 won sehala
Sampai Gapyeong station Naik Meter taxi ke Nami Island.
Tambang Teksi : 3000 won (lebih kurg)


8)Shuttle Bus Gwangon ( Ke Nara Ice Fishing Festival)

Syarikat ni ada sediakan shuttle ke festival bermusim disekitar seoul. Tapi kena booking seat online dulu sebelum boleh naik. Boleh booked siap-siap 14 hari sebelum bercuti. Lepas booking dia akan antar email confirmatikn dan kita kena print dan bawak sekali.
Lokasi untuk naik kena tuggu kat Duty Free Shop Guangwha.

Tambang ; 5000 won return
Waktu Bus Berlepas pergi : 8.00pagi
Waktu Bus Bertolak balik: 4.00ptg
Masa 3 jam pergi, 3jam balik..klu jammed time balik lagi lama.

11 May 2016

Kuala Lumpur : Banda Aceh - Pulau Weh

Assalamualaikum,

Bulan 2 berkesempatan jalan2 makan angin ke Aceh. Kali ni ikut geng diver pergi sana amik lesen dive. Ada yang amik advance dan ada yang amik Open Water.
Semua excited nak pergi Aceh ni sebab selalu tengok gambar dan video dive site kat Aceh cantik..so semangat semua orang.

Geng Diver ni nama dia #Padukootan. Aku yang bukan diver ni pun join sekali tiap kali trip dive. Bila diver-diver ni pegi dive aku lepaking dan buat aktiviti lain.

Mula dengan nk booking tiket, pertama sekali check harga RM77 saja pegi balik. Lepas tu sorang-sorang rasa cakap tunggu sekejap nk kompom tarikh la, nk kompom cuti la..kensel tak beli lagi.


Tiket flight
Pakej Diving Advance
Tempat Tinggal : Iboih Resort
Nama Dive Centre : Rubiah Tirta
Makan-Makan place 

1)Ayam Penyet - Mesti try ni sebab sedap wooo,sesapa yang minat ayam goreng dan ayam penyet mesti suka. Dia punya ayam penyet memang tak sama dengan yang ada kat Malaysia ni. Jadi mesti cuba kalau ke area Iboih ni. Kedai dia depan sikit dari Dive centre Rubiah Tirta. Dia masa bila kita order, jadi kena sabar dan bertabah sikit nak tunggu.

Dari KL - Banda Aceh-Pulau Weh

Kami semua amik flight pukul 7.00 pagi jadi dengan semangat semua dah bangun pukul 4.00 dan semua jumpa kat BTS/TBS. Dari sini kami suruh kawan yang ada Van angkut kami semua 10 orang ke airport. Bayar la duit minyak kat dia,takkan nk free pulak kan.

Banda Aceh

Sampai Airport Pak Supir dah tunggu, ini dah termasuk dalam pakej kami amik. So kami terus ke pelabuhan sebab ferry kami pukul 10,30 pagi. Sampai saja ngam-ngam dah ada ferry dok tunggu nak jalan. Besar ferry dia dan lama. Kami naik ferry dalam 45 minit sampai ke Pulau. Pening kepala aku ferry ni bau kuat minyak diesel. Adoi!!

Ferry ada dua jenis - Slow & Express.
Masa perjalanan 45 minit dengan Ferry Express dan 2 jam dengan ferry slow.
Ferry Slow ni macam ferry Pulau Pinang, dia angkut semua kereta, moto,barang-barang dan orang. Merasa la kami naik ferry slow ni masa balik, Tak ada spesifik tempat dudk, lepak la kat mana yang rasa ada kosong. Terasa macam pelarian pulak..hahahha

Makan-Makan Pulau Weh

Harga Ayam Penyer: RM7.00
Menu lain dia Lala & Daging penyet.

Jalan-Jalan Banda Aceh

1- Muzium Tsunami
2-Masjid 
3-Kapal di Atas Rumah
4-Kapal Tangki di tengah Bandar
5-Makan Mee Razali
6-Makan Seafood (400 juta -12 org makan termasuk supir)

Kos Pak supir tour seharian Banda Aceh -RM20 Sorang, Naik kereta Avanza

Contact Number Iboih Resort
Contact Number Pak Supir
Contact Number Rubiah Tirta

Tips & info ;

Port ke Daerah Sabang 
Jarak antara Port atau pelabuhan tempat kita turun Ferry adalah 45minit-1 jam. Rasa macam dekat tetapi keadaan jalan dan bentuk muka bumi berbukit dan curam. Jadi adalah lebih baik korang amik Pak Supir sebab diorang lebih biasa dengan jalan dan keadaan tu. Jalan pun kecil dan keliling adalah hutan-hutan.