Get Your Cheapest Hotel Rate Today

18 July 2011

BERHATI2 KES PENIPUAN INTERNET BANKING CIMBCLICK PHISHING WEB

SALAM,

Dah lama tak update blog sbb bz bekerja. Baru-baru ni sorang kawan hilang RM5,000 sebab salah click email kononnya dari cimbclick.com.my. So sebagai pengajaran dan supaya org lain tak kena tipu sy share kat sini.

Citernya macam ni:

Member dapat email kononnya dari cimbclick utk update "akaun info for security reason".
Dia clik link tersebut dan masukkan user ID, password, ID.
Beberapa saat, NO TAQ dihantar pada HP member ni sebijik macam web cimbclick yang betul punya.
Lepas tu, system ask for logout dan re-login.
Apabila nak login balik ak boleh, lepas tu member pun call CIMB customer service dan tnya kenapa tak boleh login. Customer sevice tu cakap kat system dia tgk xde apa2 pun.

Lepas 20 minit member try lagi dah boleh login dan tgk2 RM5k dah hilang.
Call bank dan mintak info kepada sapa duit tu dipindahkan, mula2 customer service tak nak bagi, tapi cakap ada masalah dia pun bagi nama n no akaun penerima tu maybank.

Dipendekkan cerita,member pun buat report polis dan check latar belakang penerima duit tu, dan dia keluarkan duit dalam masa 5minit selepas duit tu dipindahkan.
Hebatkan peranncangan diorang. Memang diorang dah standby kat ATM utk keluarkan duit tu.

Saya temankan member ni pegi balai polis time buat report tu, cakap dan citer dengan pegawai penyiasat dan dia tanya kita plak ada idea tak macam mana nak membantu siasatan
Alamak takkan la kita plak nak bgtau, kan kat ATM machine tu ada camera, pegi bank mintak la rakaman pada waktu duit tu dikeluarkan. Satu masa ada sorg jer org boleh keluarkan duit. Lepas tu member dah siap provide lagi info, kat cawanagan bank mana duit tu dikeluarkan dan time sekali. Duit tu dikeluarkan kat Maybank Puchong.
So pegawai tu tnya, boleh trace ker dari mana dorg access n mcmmana dorg blh buat phising web..bla..bla..
Dengar jer dia tnya mcm tu, kami pun rasa frust ler. Kita nk mengadu kat die, dia tnya plak kita.
Rasanya polis kena buat skuad khas untuk internet crime n kena ada programmer, hacker n creaker.
Memang polis banyak keje tapi, kalau sorang kenapa tipu RM5,000, kalau sehari 2-3 orang dah berapa banyak?

Apa kata bank?
1-Kami tak boleh buat apa2 sebab pengguna yang salah , sapa suh klik email dan bg details sampai kena tipu. Yer la tak semua pengguna online banking ni luas pengetahuan IT. Ada yang masih baru, pegi bank baru buka akaun,bank pun promote online banking dan akaun skrg xde buku bank.
2-Kami xkan refund sebab bukan salah bank
3-Kes ni bergantung pada tindakan polis, kalau polis berjaya berkas penipu tu or tak.

Apa kata polis?
1-Minggu Pertama- Belum ada apa2 hasil lagi, siasatan sedang dijalankan, sila maklumkan pihak polis jika mempunyai maklumat terkini.
2-Sebulan-Orang yang keluarkan duit tu adalah geng black(nigel). Masih dalam siasatan.

So Apa kata anda?

Sekarang saya faham kenapa semakin banyak penipuan internet walau apa jua cara sekalipun. Sebab PENIPU tu dah kaji kes penipuan ni kalau report kat polis pun jadi kes terpencil. Sebab tu penipu-penipu ni semakin hari semakin BERANI menipu kat internet.

Banyak lagi kat luar sana orang tertipu tapi tak buat report polis. Nasihat saya pergi la buat report polis walaupun xde harapan nak dapat balik duit tu, at least polis dapat buat statistik berapa banyak kes yg berlaku setiap hari..

Setakat ni jer buat hari ni...sesapa ada pengalaman sila share semoga jadi iktibar pada orang lain..

13 March 2011

Topup Digi Dapat Free Gift!!Digi lagii!! #DiGiSuperReload

Promosi terbaru dari Digi. Berita baik kepada pengguna Digi. Digi Sentiasa menhargai pelanggan setianya dengan pelbagai ganjaran
Promosi ini khas kepada penguna Digi Prepaid. Apabila anda reload dari 1st March-31st March 2011 anda akan mendapat Freebies.
Ini berita baik kepada pengguna tegar Digi Prepaid. Jangan ketinggalan mendapat gnajaran yang menarik ini.
Jadi jangan lupa rakan-rakan pembaca semua, reload sebelum promosi tamat.

Untuk maklumat lanjut anda semua boleh baca kat sini:


10 February 2011

Makan Makan > King Nasi Beriyani

Salam 1 Malaysia,

Anda suka nasi  Beriyani? Pernah dengar Nasi King Beriyani?

Restoran ini menyediakan menu nasi beriyani gam yang istimewa dan sedap.
Antara Menu Nasi Beriyani:
- Nasi Beriyani Gam Ayam
-Nasi Beriyani Gam Kambing
-Nasi Beriyani Gam Lembu
-Nasi Beriyani Gam Stew Kambing

Nasi Beriyani Kambing
dan banyak lagi.... Ada juga menu sampingan lain seperti nasi goreng, mee goreng dll.
Harga juga berpatutan dengan menu dan perkhidmatan yang disediakan.

Bil Saya: RM29.50 (2 orang )
Menu:
Nasi Beriani Kambing
Nasi Beriyani Ayam
Jus Apple
Jus Kendondong Asam Boi
Air Suam.






Opps lupa pulak nak bgtau lokasi kat Taman Sri Andalas, Klang dan Cawangan Seksyen 9 Shah Alam.
Ok kepda sesapa yang dah cuba boleh la comment.

Nama Restoran: Nasi King Beriyani
Lokasi : Taman Sri Andalas, Klang dan Seksyen 9 Shah Alam
Menu Kick: Nasi Beriyani...

Makan jangan tak Makan.