Get Your Cheapest Hotel Rate Today

24 September 2013

Bercuti Ke Euro : Venice Italy--Cantiknya Venice



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Euro Trip - May 2013 - Italy -Venice

Florence ke Venice:
Perjalanan ke venice dari Florence (Firenza) kami drive sampai  tren station .... lupa pula nama dia Mira Mirano dan parking kereta kat sini. Kira-kira 3 station dari Venice. Kami naik tren sebab kawasan venice ni tak boleh masuk dengan kereta sebarangan dan susah nak parking. Ye lah tengok jalan sekita town dia kecik jer. Pelancong pula ramai dan happening rasanya. Cuaca kat sini agak panas, maybe disebabkan kawasan yang dikelilingi air buatkan waktu siang terasa panas. Kat sini apa yang menarik adalah bangunan2 lama dan hasil seni yang sangat tinggi nilainya. Rasa macam berada pada zaman lain bila kat sini. Memang tempat terbaik untuk bersantai dan melihat sesuatu yang berbeza. Kami rasa macam puas hati dapat sampai kat sini.

Selain daripada drive boleh juga ambik Train dari Florence terus ke sini. Semuanya bergantung kepada budget anda. Kalau naik Tren dari Florence ambil masa dalam 2jam sampai. Drive ambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai.

Dari Florence Ke Venice:
By Train (boleh booking tiket online)
By Bus
By Car (drive macam kami)



Tips : Bila sampai anda digalakkan beli Tourist Map , harga dia 4 Euro. Kenapa kena beli map? Sebabnya senang nak berjalan dan refer tempat-tempat menarik seluruh venice. Kalau tak beli map senang tersesat dan susah nak cari jalan belik ker station train.

Apa aktiviti yang best kat Venice Italy ?

1) Makan Pizza di Venice
Kat sini kami makan Pizza dan Spaghetti Hitam (yer spaghetti ni memang warna hitam). Warna jer hitam tapi sedap tau. Pizza pula veggie jer tapi sedap, mungkin ada sos rahsia diorang. Rasanya kat Italy ni Pizza dan Spagheti dia memang sedap, maybe makanan diorang jadi kat sini la yang terbaik. Kat sini ada pelbagai jenis pilihan tempat makan, daripada gerai kecik sampai ker restoran mewah. Semua ada kat sini.
Sedapnya dapat makan buah Ceri Fresh..hahahah

Kos Makan utk 2 org:-
Pizza :10 Euro
Spaghetti : 12 Euro
Buah Ceri :100gram - 2 euro


P/s: ada banyak kami makan tapi tak dicatat secara terperinci.

2) Melawat Seluruh kawasan Venice dan menikmati pemandangan "klasik"
-   Naik Gondola di Venice

Kami jalan kaki jer sebab nak jimat kos. Untungnya berjalan kaki dapat masuk semua lorong-lorong kecil dan merasai sendiri macam mana keadaan penduduk venice.
So seharian berjalan kami lalu jambatan dan melawat semua bangunan yang bersejarah kat sini. Rasa kagum dengan bangunan lama yang masih dijaga dengan baik. Kalau datang sini dan ada masa boleh bermalam kat sini.

Transport Venice Town
Kat venice ni ada 2 transport paling popular nak explore town dia, iaitu gondola dan Water Taxi.
Gondola ni yang kita selalu tengok dalam TV tu yang ada orang menyanyi tu..hehehehe. Water taxi dia adalah bot. Lagi satu cara nak bersiar2, jalan kaki. Ramai jugak yang pilih jalan kaki termasuk kami. Tiket Water Taxi boleh beli pakej untuk sehari, unlimited pass. Kiranya Water taxi ni macam bas Hop on Hop off tu.


Gondola vs Water Taxi

Gondola
Harga tiket gondola :
80 euro (1 gondola)-kalau sorg tak sure pulak berapa
Kalau anda naik gondola, dia akan bawak anda lalu dicelah-celah bangunan yang sempit, water taxi pulak ada perhentian dia yang tertentu, hop on hop off. Jadi gondola tu akan bawak anda pusing2 kawasan yang menarik sambil anda menikmati pemandangan venice yang cantik macam lukisan tu. Kalau orang yang datan dengan travel agen/rombongan biasanya pakej gondola ni dah termasuk. Sebuah gondola boleh bawa 6-8 orang.



Water taxi pula boleh bawak korang pegi pulau-pulau kecik sekitar venice. So kalau ada masa boleh pergi ke pulau2 kecik ni. Water Taxi kena beli pas yang unlimited tu so, boleh naik dan turun kat semua port dia. Ada gambar kat tempat dia berhenti macam bus jugak just atas air jer.


Water taxi


Bangunan Lama yang sedang dibaiki
Venice ni nampak macam kecik tapi ada lebih kurang 200 Gereja lama kat sini yang masih terpelihara dan dibuka untuk lawatan.



Ada banyak jambatan kat sini macam ni yang menhubungkan semua kawasan untuk pejalan kaki.



Hostel/Hotel di Venice

Penginapan di Venice Italy

Kami tak menginap di Venice tapi time berjalan-jalan jumpa banyak hostel dan juga boutique hotel kat sini.
Tapi anda dinasihatkan booking dulu hotel atau hostel terumatanya kalau pergi time peak season.
Kebanyakkan hostel akan penuh dan harga Walk in jauh lebih mahal daripada harga beli online.
So pasatikan anda booking hotel kalau berminat nak stay kan Venice. Kalau betul-betul nak explore Venice lebih baik stay sekurang-kurangnya dua malam kat sini.

Selamat Bercuti...sila mesej saya kalau ada sebarang pertanyaan


Perbelanjaan kat Venice:

Beli Tourist MAP :4 Euro
Kos Makan utk 2 org:-
Pizza :10 Euro
Spaghetti : 12 Euro
Buah Ceri :100gram - 2 euro
Train dari Mira Mirano ke Venice :  8 Euro return