Perjalanan bercuti ke bangkok kali ni 7 hari dengan train dan bus, so tulis point by point lah,ringkas n senang nak baca. Just share apa yang rasa boleh dijadikan panduan kepada sesapa yang nak pergi ke sana nanti.
16 Sept 2010
- Pukul 10.30 Naik Bas Sri Maju dari Stesen bas sementara Bukit Jalil Ke hadyai. Antara bas2 yang boleh anda survey- Sri Maju, KKKL Ekpress, Elatabina,Konsortium. Harga tiker berlainan ikut jenis bas Tiket RM45- RM50
17 Sept 2010
- Pukul 5.30 pagi -sampai Di Bukit kayu Hitam. Berhenti selama 30 minit
- Perhentian Rehat Bukit Kayu Hitam, bas berhenti untuk sarapan,tukar duit,makan dan drebar bus collect pasport untuk isi form Visa On Arrival. Yang bestnya diorang isikan, so tak payah ler isi sendiri.
- Pukul 6.00 pagi - Bas beratur di Border Bukit Kayu Hitam Malaysia, Ingatkan tak ramai, rupanya banyak bas lain dah beratur. Lama gak kat sini, sampai hari dah terang.
- Pukul 7.00pagi - Bas beratur di Border Sadao, Thailand. Kat sini semua beg yang kami bawak kena bawak turun sebab kena check kat imigresen.
Ni kat Border Sadoa,Thailand
Kat office Davis Tour, Hadyai Thailand.
Station Train Hadyai, Thailand
- Pukul 8.30 pagi (waktu malaysia) Tapi Thailand baru Pukul 7.30pagi. Diorang lewat 1jam. Sampai Sampai Hadyai, bas berhenti kat Davis Tour ,company bas Sri Maju. Kat sini boleh mandi,tukar duit,beli voucher hotel,beli tiket bas,tiket flight,ferry etc. Sebelah ni jer Tempat bas KKKL berhenti. Kuar dari xjauh ada kedai Makanan Muslim,ada 2-3 kedai juga.
- Pukul 9.30 pagi - Pergi Stesen keretapi (5 minit jln dari davis tou) tanya tiket ke bangkok untuk pagi tapi takde. Tinggal tiket pukul 6.30 jer, beli jer lah tiket seorang RM83.50 (2nd Class Upper-tingkat atas katil dia). So kami pun check in guest house tak jauh dari stesen keretapi untuk berehat kejap dan mandi. Lepas tu keluar merayau dan berjalan2 la.
- Pukul 7.00 petang - Akhirnya keretapi yang ditunggu-tunggu pun sampai. Keretapi ni dari Golok ke Bangkok. Keretapi berhenti sekejap jer, so kena naik cepat2. Satu jer masalah kat sini banyak keretapi dan platform,kenalah tanya betul2 nak tunggu kat mana.
18 Sept 2010
- Pukul 12.00 noon - Kami pun sampai di Station Hualampong, Bangkok (kira sendiri berapa jam perjalanan dari pukul 7ptg-12tengahari). Tak terasa letih sebab tido jer sepanjang perjalanan dengan selesanya. Cari Bookstore dan beli Map Bangkok supaya senang nak ke mana-mana nanti.
- Naik Cab terus ke Pratunam cari Hotel Budget. Kami check in kat Rose House Hotel, tak jauh dari Baiyoke Tower, boleh google. letak bag pastu bersiap2 terus kuar tak sabar nak pergi shoppping.
Depan Rose House Hotel, ada banyk lg hotel area ni.
19 Sept 2010 - 21 Sept 2010
Semuanya agenda bershopping sakan. Nak tulis details banyak sangat nak tulis. Nanti bosan nak baca. kat sini list out tempat2 yang kami pergi bershopping selama kat sana.
Shopping Complex:
Platinum Shopping Complex-Semuanya baju dan fashion appareal. Tingkat 5 plak aksesori dan bag.
Pratunam City Complex - Semuanya baju jugak, ada t-shirt,blouse,kemeja dan macam2.
Central - Ada Isetan baru buka, Shopping complex macam kat sini juga.
Siam paragon
Market
Chatucak Weekend Market-(Sabtu dan Ahad)
Memang best dan crowded sangat. Macam-macam ada,baju,aksesori, perabot,barang hiasan rumah, haiwan peliharaan,tekstil,kraftangan dan byk lagi. Dikenali juga sebagai JJ market
Suan Luam Night Bazaar
Beroperasi waktu malam. Ada foodcourt ,life band, massage dan gerai2 jualan seperti chatucak juga.
Pratunam Market tiap2 hari dari waktu 5.00 petang sampai pukul 1.00 pagi sekitar pratunam ada bnyk sangat gerai. Gerai disepanjang kaki lima kedai dan tepi jalan. paling banyak kat sini ialah pakaian. Ada juga kasut dan yang pastinya harga memang murah. Pagi Seawal pukul 4.00 pagi diorang dah mula berniaga samapi pukul 11.00 pagi. Tiap-tiap hari sibuk dan ramai.
22 Sept 2010
- Pukul 12 noon- check out dari hotel ke stesen keretapi. Beli tiket keretapi ke Hadyai pukul 3.10 petang.
- Pukul 3.00 petang - Naik keretapi ke hadyai, Selamat Tinggal bangkok.
23 Sept 2010
- Pukul 8.30 pagi - Kami sampai di Station Train hadyai. Berjalan ke office Davis Tour dan beli tiket bas ke KL. Nasib kami baik, ada bas pukul 9.30 pagi, so tak payah ler tunggu lama.
- Pukul 9.30 pagi- Bas Sri Maju sekali lagi bawak kami balik ke KL.Selamat tinggal hadyai.
- Pukul 9.00 malam - Dah puas tido akhirnya sampai ker station Bas Bukit Jalil. Welcome home.
Gambar-gambar lain akan saya upload dalam galeri.
****Sekiranya ada apa2 nak bertanya sebelum bercuti ke sana boleh la tanya. Saya akan tulis part 2 utk details pasal restoran halal-makan2,budget,transport,tempat2 menarik yang lain.
Terima kasih kepada yang membaca!!!
No comments:
Post a Comment