Get Your Cheapest Hotel Rate Today

14 June 2013

KL TO KRABI-PHUKET -Day 3

Day 3

Koh Phi Phi Tour

Hari ni nak pegi Tour ke Phi Phi Island, bangun pukul 6 pagi sebab trip start pukul 7.00 pagi.
Kami choose trip yang terus ke Ao Nang, Krabi, so jimat cost untuk balik ke Krabi.

Phuket-Phi Phi Island-Aonang Krabi
Ferry Besar jer boleh pegi sebab monsoon season
Untuk pegi trip Phi Phi dari Hotel kami Belle Resort Phuket naik Van ke Phuket town-ke port ferry perjalanan 1 jam setengah juga.
Sampai ke port pukul 8.20, ada ramai orang yang nak pergi phi phi tour, 4 buah ferry ada kat sini, semua penuh. Disebabkan sekarang ombak dan angin kuat semua tour kena ikut ferry yang besar je, speed boat tak boleh.






Pantai Phi Phi Don
Sampai jer kat phi phi island, Pier Don (nama jetty /port ferry dia ), diorang announce trip ke pulau-pulau kecil dibatalkan sebab cuaca buruk.huhuhuhu sedih tapi atas sebab keselamatan kami tak frust sangat. Kami dibawa ke pantai Phi Phi Don untuk makan tengahari dan mandi kat sini.
Cantiknya air dia warna hijau lagi..memang cantik sangat pantai dia.
Phi Phi Don
 





















Lepas makan  dan main air laut , kira-kira pukul 3 ptg kami naik ferry terus ke Krabi then  dapat jimatkan kos dan masa.
Kami sampai ke krabi pukul 5petang,
2 jam perjalanan dalam ferry. Laut bergelora kuat, walaupun ferry besar terasa ombak kuat. Kalau sesapa yang mabuk laut kena ready makan ubat siap-siap. Puas juga paksa mata tido supaya tak pening n wekkkkk..hahahaha.






Dari jetty Aonang ada van yang tunggu dan hantar terus ke hotel Krabi Heritage.
Hotel ni pun booked kat Agoda time promotion. Memandangkan kami bertiga kami kena charge additional person 400 baht semalam. Cantik hotel ni dan selesa, ada swimming pool.
Krabi ni lebih quiet berbanding phuket. 
So sesuai kalau nak datang bercuti dan menikmati percutian yang jauh dari hiruk piruk bandar. Tapi malam agak bising sebab banyak pub yang beroperasi.

Biasanya orang yang datang ke Krabi akan pergi ke pulau-pulau sekitar sebab lagi cantik pantai di pulau-pulau ni. Ada 4 pulau kat sini tapi lagi sekali kami tak dapat pergi sebab cuaca tak mengizinkan. Kalau anda nak datang sila check keadaan cuaca yer.
Malam ni kami makan kat kedai halal food yang ada menu indian, western dan thai food.
Kalau restaurant yang macam ni makanan dia agak mahal berbanding stall makanan halal tepi jalan. Biasalah bila cantik sikit harga pun mahalah.



Hotel Krabi Heritage




Perbelanjaan hari ni:
Pakej Tour pulau 700Bath seorang (Phuket-Phi Phi Island-Aonang)-included buffet lunch
-kalau just Phuket -Phi Phi-Phuket dlm 400-550 Bath
Hotel Krabi Heritage -RM180.00 (3 orang dah booked awal2)
Makan Malam - RM70 (3 orang)
Oil Massage : 250 bath sorg
Beli souvenior -terpulang pada anda :)
 

11 June 2013

KL TO KRABI-PHUKET -Day 2

Day 2
 
 

Breakfast kat mac donalds sebab lapar sgt, malas nk jalan jauh.
Hari ni mission pegi jalan-jalan tepi pantai Patong ,shopping dan beli souvenior.
Kalau nk beli t-shirt. Untuk souvenier atau t-shirt I love Phuket beli kat satu kedai ni murah, kedai ni agak terletak di bahagian belakang (nnati upload gambar kedai dia)
.
Beli 10 t-shirt dapat free 1, hasilnya nampak tak plastik bag kitorang tu. Haa setel bab souvenier untuk rakan2 dan family.

Hari ni seharian kami shopping jer dan round semua tempat shopping kat area pantai Patong ni.
Kalau penat jalan jangan lupa singgah kat spa sepanjang jalan ni, urut kaki.
Murah pakej urut rm20-35 jer sejam.
Dah habis makan malam kami pegi Hard Rock Cafe Phuket, besar dan happening.
Beli Tshirt Hardrock Phuket.

Hard Rock Cafe ni boleh jalan kaki jer kalau dari Hotel area Patong. Ambik masa 10-15 minit jalan kaki. Ikut jalan Hotel Holiday Inn Express. Kalau tak nak jalan boleh naik tuk tuk, tambang 50Bath.




Belanja hari ni:
Makan malam-
Chicken curry with rice + drink 200Bath
Taxi (Tuk tuk) 50Bath
TShirt souvenier 10pcs -900 Bath

KL TO KRABI-PHUKET -Day 1

Kali ni nak share trip ke Phuket dan Krabi.

Ready to FLY :P
Day 1 - 10th June 2013
Flight Air Asia AK1968 - KL- KRABI

Pukul 1.15ptg sampai Krabi pukul 1.35 ptg waktu Krabi (lambat 1 jam dari Malaysia). Tiket dah booked awal so dapat harga pergi balik RM198.00, ok lah tu kan. Tapi satu kesilapan kami buat time beli tiket, kami beli retun Phuket, so kena patah balik dari Krabi ke Phuket nanti. Jadi kalau anda ada nak pegi Phuket dan Krabi dalam masa yang sama dinasihatkan anda beli return tiket dari tempat berbeza. Kalau 5-6 hari cukup untuk pergi kedua-dua tempat, Krabi dan Phuket.

So kalau pening baca travel log kami semuanya disebabkan main redah jer,kali ni memang langsung tak plan dan tak study dan buat iternary. Ni kes ambik beg jalan,anda tak dinasihatkan buat macam ni.hahahaha

Airport Krabi ni kecik jer, macam airport dalam kampung jer.hehehehe.
Canggih lagi airport  Alor Star :)
Tapi ramai pelancong walaupun kecik, lama juga berbaris nak chop passport. Dah la pegawai imigresen tu muka ketat semacam jer.


Shuttle Bus dari Airport-ada aircon bus ni
Nampak tu backpack kitorang


Dari Airport amik shuttle Bus dari Airport ke Krabi Town. Kami Plan ke Phuket dengan bas, then kena ke bus stop kat Krabi town dulu. So sekarang  perjalanan kami dari Krabi Town-Phuket




Phuket Bus Station
Sampai Phuket dah ptg 5ptg, bas ke Patong xde, amik teksi...bukan teksi actually lori kecik, Pikup yg dh di modified.hahahha.
Dari Phuket Bus stop ke patong beach perjalanan 40 minit , jalan naik bukit turun bukit,dalam hati terpikir patut ler dia pakai lori pickup.

So kalau nak amik bas ke Phuket kena sampai awal ataupun amik flight yang awal pagi. Boleh juga booking tiket turun(pegi) Krabi balik dari Phuket. Kami time tu tak plan nak pegi Phuket then booking KL-Krabi-KL.

Tapi bila dah dekat nak pegi rasa macam alang-alang dah sampai, pergi jer lah phuket sekali. Selalu dengar member yang dah pergi cakap dekat jer Krabi dah Phuket. So kami pun gamble jer pergi.




Chek in hotel
The Belle Resort depan pantai Patong jer, jalan 5-10 minit sampai ke pantai. Hotel ni book kat Agoda paling murah berbanding website yang lain.
Sekarang bulan June Ombak kuat dan hujan renyai-renyai sebab monsoon kata driver teksi.
Kami check in, mandi-mandi lepas tu keluar untuk makan dan jalan-jalan area Patong.
Time malam happening sangat nightlife kat sini. Segala macam hiburan ada kat sini terutama untuk orang dewasa. Macam2 jenis club ada dan ramai sangat pelancong melawat Phuket. Kalau nak datang untuk honeymoon atau percutian keluarga anda kena stay kat hotel yang jauh sikit dari pekan Patong.

Hard Rock Cafe Phuket

Kami berjalan2 jer sebab semuanya dekat jer dengan hotel. Kami survey pakej untuk pergi tour island ke Phi Phi esok atau lusa(hari last). Ada banyak kaunter agen travel pakej kat sini. Anda kena survey dulu sebab harga dia berlainan walaupun pakej yang sama. Kena pandai tawar menawar juga.
Paling murah boleh dapat 400 Bath (pakej ke Phi Phi +4 pulau+lunch).
Kalau anda datang Phuket or Krabi bawak siap2 baju hujan yang nipis tu sebab kalau hujan kat sini baju hujan plastik nipis tu pun harga mahal 50-80 Bath.



Tom Yum Kung-Sedap!!!

Makan malam ,nasi putih +Tomyam Kung..sedapnyaaaa.

Today cost:
Hotel Cost: RM168.00( 3 orang)
Tiket Flight:RM198.00 sorg
Makan mlm :230 Baht ( total 3 orang makan)
Shuttle Bus : 90 Baht seorang
Van to phuket 400 Baht sorg
Taxi to Patong 150Baht sorg
(Kalau naik bas 30Bath jer sorg, Bas berhenti-henti)


Transportation option yang anda boleh choose selain yang kami gunakan:
Krabi-Phuket town one way
Bus - 4hours , 350Baht
Van(Teksi)-2.5 hours,400 Baht
Airport Transfer private 2000 (3max)
Phuket town -Patong Beach
Taxi - (40-45 minit)- 450Baht (max 3)
Local bus - (45- 1hour)-30 Baht
Rent a car from 599 Baht per day