Get Your Cheapest Hotel Rate Today

14 June 2013

KL TO KRABI-PHUKET -Day 3

Day 3

Koh Phi Phi Tour

Hari ni nak pegi Tour ke Phi Phi Island, bangun pukul 6 pagi sebab trip start pukul 7.00 pagi.
Kami choose trip yang terus ke Ao Nang, Krabi, so jimat cost untuk balik ke Krabi.

Phuket-Phi Phi Island-Aonang Krabi
Ferry Besar jer boleh pegi sebab monsoon season
Untuk pegi trip Phi Phi dari Hotel kami Belle Resort Phuket naik Van ke Phuket town-ke port ferry perjalanan 1 jam setengah juga.
Sampai ke port pukul 8.20, ada ramai orang yang nak pergi phi phi tour, 4 buah ferry ada kat sini, semua penuh. Disebabkan sekarang ombak dan angin kuat semua tour kena ikut ferry yang besar je, speed boat tak boleh.






Pantai Phi Phi Don
Sampai jer kat phi phi island, Pier Don (nama jetty /port ferry dia ), diorang announce trip ke pulau-pulau kecil dibatalkan sebab cuaca buruk.huhuhuhu sedih tapi atas sebab keselamatan kami tak frust sangat. Kami dibawa ke pantai Phi Phi Don untuk makan tengahari dan mandi kat sini.
Cantiknya air dia warna hijau lagi..memang cantik sangat pantai dia.
Phi Phi Don
 





















Lepas makan  dan main air laut , kira-kira pukul 3 ptg kami naik ferry terus ke Krabi then  dapat jimatkan kos dan masa.
Kami sampai ke krabi pukul 5petang,
2 jam perjalanan dalam ferry. Laut bergelora kuat, walaupun ferry besar terasa ombak kuat. Kalau sesapa yang mabuk laut kena ready makan ubat siap-siap. Puas juga paksa mata tido supaya tak pening n wekkkkk..hahahaha.






Dari jetty Aonang ada van yang tunggu dan hantar terus ke hotel Krabi Heritage.
Hotel ni pun booked kat Agoda time promotion. Memandangkan kami bertiga kami kena charge additional person 400 baht semalam. Cantik hotel ni dan selesa, ada swimming pool.
Krabi ni lebih quiet berbanding phuket. 
So sesuai kalau nak datang bercuti dan menikmati percutian yang jauh dari hiruk piruk bandar. Tapi malam agak bising sebab banyak pub yang beroperasi.

Biasanya orang yang datang ke Krabi akan pergi ke pulau-pulau sekitar sebab lagi cantik pantai di pulau-pulau ni. Ada 4 pulau kat sini tapi lagi sekali kami tak dapat pergi sebab cuaca tak mengizinkan. Kalau anda nak datang sila check keadaan cuaca yer.
Malam ni kami makan kat kedai halal food yang ada menu indian, western dan thai food.
Kalau restaurant yang macam ni makanan dia agak mahal berbanding stall makanan halal tepi jalan. Biasalah bila cantik sikit harga pun mahalah.



Hotel Krabi Heritage




Perbelanjaan hari ni:
Pakej Tour pulau 700Bath seorang (Phuket-Phi Phi Island-Aonang)-included buffet lunch
-kalau just Phuket -Phi Phi-Phuket dlm 400-550 Bath
Hotel Krabi Heritage -RM180.00 (3 orang dah booked awal2)
Makan Malam - RM70 (3 orang)
Oil Massage : 250 bath sorg
Beli souvenior -terpulang pada anda :)
 

No comments: