Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ni aku bawak kanak-kanak pergi main kat USS! Last minute confirm nak pegi.
Dah lama diorang nak pergi akhirnya kali ni jadi gak.
Kami pergi 6 Dewasa dan 2 Kanak2. Total 8pax, ramai gak kan.
Day 1-22 Nov- Jumaat
6.30 AM
Bertolak ke KLIA, datang awal bagi mengelakkan sebarang masalah or kesesakkan kat kaunter immigresen.
Flight Jetstar Pukul 8.50 dari Main Terminal KLIA dan sampai di Changi Aiport pukul 9.50pagi.
Turun flight kanak kanak lapar, makan dulu kat Burger King . Ada logo dan sijil halal kat sini.
Dari Changi Airport ke ke hotel dengan MRT , turun kst station Lavender. Harga Tiket sehala $2 sorang, nak beli tourist Pass tapi kat sini tak jual pula, so terpaksa beli dulu yang sehala.
Kat station MRT Lavender kami beli tourist pass $20 Sehari ($10 deposit akan dipulang bla return kad dlm masa 5 hari). Ada 3 jenis Tourist pass, 1 day, 2days dan 3days.
12.30 NOON
Check in Hotel V Lavendar.
Berehat sebentar sebelum keluar ronda ronda sekitar kawasan yang dekat dengan area hotel.
Paling dekat pegi Bugis, tapi nak cari Singa lambang kota Singapura ni dan ambik gambar dulu.
Restoran halal kat bawah hotel-ada nasi lemak kat sini |
2.00 PM
Naik MRT dan turun di station MRT Raffles, kat sini nak cari Merlion Park (Singa besar yang keluar air tu).
Pastu jalan jalan sampai Marina Bay , huh jauh jugak berjalan, kanak kanak penat dah. Siap ambik
semua gambar mercu tanda Singapore..hahaha.
Hotel are station MRT Raffles pun banyak so sesapa nak tinggal area ni pun boleh. Tapi kebanykkan hotel kat sini agak mahal. Boleh juga pilih hotel yang kat area station
Check kat sini nak tengok hotel/hostel lain sekitar Merlion Park.
6.00 PM
Pegi Bugis Untuk makan dan beli souveniers.
Dari MRT station Raffles kami turun kat station Bugis. Jalan dalam 5minit nampak Menara Masjid, nak cari restoran Zam Zam. Restoran ni banyak orang reviews dan syorkan dalam internet. Kalau nak senang cari korang tengok menara masjid dan berjalan menghala ke sana. Memang betul2 dekat dengan Masjid restoran ni. Kat sini makanan yang paling femes Murtabak dialah.
Kami order Murtabak dan Nasi Briyani. Murtabak memang sedap, terbaik. Nasi Briyani biasa jer rasa mcm kat Malaysia.
Total cost makan utk semua orang $44.
Kalau korang nak senang cari makanan halal boleh stay kat hotel/hostel area Bugis .
Kat sini memang banyk hostel kalau untuk yang budget dan ada yang dekat dengan station MRT Bugis. Hotel yang paling dekat dengan MRT Bugis adalah Village Hotel Bugis , time jalan tu nampak hotel ni. dalam 3-5 minit jer jalan dari station MRT tu.
Murtabak Zam Zam yang terkenal disingapore |
Lepas makan kami pegi Bugis Street nak beli souveniour. Kat sini murah contohnya keychain ada 6pcs $10, 24pcs $10. Tshirt kanak kanak 3pcs $ 10,beg 3pcs $10.
Bugis Street-Bisnes sampai lewat malam |
Tshirt Murah Murah |
Day 2 -23 Nov -Sabtu
10.00 AM Bertolak ke USS ngan Taxi
Harga Taxi ni $45 per trip ( boleh muat 10 org). Kalau naik MRT lebih Kurang $5 sorang dan kena tukar kat 2 station. Boleh jugak naik bus terus ke USS. Memandangkan harga Teksi dan MRT sama saja untuk kami berlapan, jadi kami pun amik Teksi dari hotel terus ke USS.
Kepada sesapa yang ada banyak budget korang boleh stay kat hotel yang ada memang dekat USS ni.
Tapi agak jauh sikit kalau nak ke city center dan kalau naik MRT kena tukar banyak kali.
Yahoo!!! dah sampai... |
Jambatan ke Sentosa |
Sampai USS semua sibuk nak amik gambar ngan bumi besar..mau 20minit gak dok berposing sini..
Orang pun ramai nak amik gambar jadi lambat dan kena sabar.
Masuk jer USS, semua orang excited , kanak kanak lagilah. Jangan lupa amik map, so korang boleh tau benda apa ada kat mana dan apa yang nak main dulu.
Benda pertama kami masuk Sesame Street.
Ride ni sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak2.
Masa beratur dan menunggu untuk main permainan ni 30 minit.
Lepas tu move ke Transformer, kat sini masa menunggu lagi lama, 1 jam 30minit. Fuhh mau tercabut
Depan Ride Transformer-baru lepas terkejut.. |
Accelerate--betul ker aku eja...pening lepas pusing2 hahaha |
Memang best, tapi kalau orang takut laju, gelap tak sesuai main ni takut sakit jantung.
Kalau taknak tunggu lama, pilih line single rider, mean anda kan duduk ngan sesapa yang anda tak kenal. Lepas naik transformer main accelarate pulak, yang ni macam ride cawan2 yang berpusing pusing.. Tak ramai orang naik, just 5-10minit masa menunggu.
Next ride yang ngeri sikit, Mummy Roller Coaster, aku tak naik, gayat. Budak budak ni semua pegi naik. Sementara tunggu ambik gambar kat luar, ramai orang tunggu kat sini, mak mak, makcik makcik. Diorang turun jer memang cakap best n dasyat...tapi best.
Depan Roller Coaster Mummy--Ride dia kat dalam tu. |
Masa menunggu nak main 45minit |
Untuk kanak kanak yang kecik boleh main Tresure Hunter, memang tak ada apa pun, just duduk atas kereta, pusing satu round. Tapi budak budak kecik memang suka sampai nak naik 2 kali.
Kat sini ada restoran makanan halal Oasis, memang ada Halal Cert.
Tapi orang ramai sangat jadi tak makan sini, kami berpatah balik ker depan pintu masuk, ada restoran makanan halal, makan burger..satu set burger harga dia $8-12. Sedap burger dia, berbaloi beli. Anak buah yang kecik tak larat nak jalan lagi, panas pulak dah pukul 2ptg. Orang makin ramai datang so ada permainan yang makin lama masa menunggu dia.
Sambung balik pergi main, kali ni pergi Jurassic Park, ada 3 ride boleh naik kat sini.
Kat sini ada ride dalam air so, boleh basah. Kami dah bawak pocho plastik siap2, ada member dah bgtau. Hahaha, kalau tak bawak memang basah lencun lah. Disini pun ada jual poncho 1 harga dia $4.
Sebelah jurassic Park ada Waterword, tapi show dia ada 3 kali jer sehari, kami dah terlepas show pertama dan kedua, so tunggu yang last skali 5.30 ptg. Sementara tu kami pegi ke Far Far Away.
Far Far Away- Ada roller coster kecik, kanak kanak semua boleh naik.
Kat sini ada show Shrek 4D, best, kanak kanak dan orang dewasa pun boleh enjoy. Show tu dalam Castle yang besar ni. Budak budak bukan main suka lagi bila kerusi bergerak masa Shrek naik kuda dan basah kena air bila donkey bersin.
Shrek 4D dalam nie... |
Far Far Away |
5.00PM
Keluar dari Castle lepas tengok Shrek, Parade dah start dari Waterworld, kami tengok dari sini jer, memang best dapat tengok, berbagai custome dan aksi, full of colors. Parade ni start pukul 5ptg, hanya hari sabtu dan Ahad jer ada Parade ni so kalau datang hari lain korang takleh tengok ni.
5.15PM
Kami masuk ker set Waterworld, macam movie Waterword tu, kalau korang tengok.
Show ni kalau korang duduk kat tempat depan, kat kerusi dia dah tulis "soak" or "splash". Mean sepanjang masa show tu korang ada harapan nak kena basah lencun.
Dia dah bagitau awal2 kalau tak nak basah sila duduk kat tempat yang tak basah.
Last sekali main kat Madagascar, naik boat. Budak budak suka sangat naik ni sebab nampak semua character kartun ni bercakap. Ada Mery go around yang besar gak kat sini.
Semua orang dah letih, tunggu fireworks pukul 8 sebelum balik.
Sempat beli souveniours sementara tunggu fireworks.
Dah Malam-Letih seharian main |
Day 3 -24Nov -Ahad
10.30 check out dari Hotel. Naik MRT ke airport,tambang sama $2.
Kalau amik teksi dari hotel $50 (mini van).
Selamat tinggal SG
--------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment