Get Your Cheapest Hotel Rate Today

31 July 2015

Cuti Cuti Pulau Perhentian

Assalamualaikum dan salam ceria..
Nak share sikit pasal budget trip ke Pulau Perhentian June hari tu..

KOS
Tiket Bus return rm88
Pakej chalet+bot+snorkeling :rm280
Makan : rm50.00-70.00

Trip ni 4 hari 3 Malam...

Day 1
Naik Bus dari BTS,KL ke Kuala Besut.
Tiket Bus RM44

Naik Bus ;10.30
Sampai Kuala Besut Pukul 6 pagi.
Dah sampai kami lepak kat station bus,tggu pukul 8.30 bot kami ke Perhentian.

Masa turun Bus ada agent2 yang tnya sesapa belum booking bot@pakej boleh beli dengan diorang.

Kat area bus station pun ada beberapa travel agen dan budget hotel/ hostel.
So kalau yang datang tak beli pakej boleh la survey. Tapi kalau peak season tak digakkan.

Sementara tunggu bot kami sarapan kat warung tepi Jetty. Sedap nak dagang dia..boleh try.

Naik bot pukul 9.30 sampai Perhentian 10.00
Dalam 30-40 minit gak.

Pukul 10.30 - dari Nelayan Beach Resort kami berjalan ke Kg Nelayan. 15-20 minit berjalan.
Kat Kg Nelayan ada beberapa kedai makan dan kedai runcit. Kat sini juga ada kemudahan asas, Masjid, Sekolah,Balai Polis,Pejabat Pos dll.

Kedai makan kat sini lebih murah dari area Resort@Chalet.

Pukul 3.00 petang
Dari Petani Beach kami trekking untuk sampai ke Long Beach dan Kincir Angin.
Masa 1jam 30 minit sampai ke long Beach.
Masa Trekking ni lalu semua beach@resort yang ada kat pantai,menarik juga boleh tengok resort yang lain.

Dari long beach ada dua cara untuk naik ke Kincir angin .
1)Jalan kaki ikut track- kena mendaki bukit. Amik masa 30 minit gak. Letih juga nak jalan, so kalau jenis semput pikir2 dulu..heheheh

2)Naik Bot ke tangga yang digunakan untuk sampai ke Kincir Angin. Bot kena bayar rm6 per person dr Long Beach. Anak tangga dia banyak juga dan tinggi.

Kami makan kat tepi pantai di Long Beach dan lepak sampai malam..tiba tiba hujan lebat so tak boleh balik ke Resort sebab ombak kuat,bot tak blh jalan.
Tunggu la sampai hujan reda, dekat pukul 11 malamjuga.

Kat Long Beach tempat paling happening kalau di perhentian waktu malam. Ada pertunjukkan orang main api..xtau plak apa derang panggil.

Day 2

Pukul 10.30 pagi kami naik Bot untuk trip Snorkling kat Pulau Redang..Yeayy

Dari Perhentian Kecil ke Redang naik speedboat dalam 1 jam juga nak sampai.
Kami berhenti mandi manda dulu kat Redang Beach sebelum pegi Snorkeling.
Dua tempat kami pegi snorkling.

1)Taman Laut
2)Lang Tengah

Paling best dan cantik kat Lang Tengah.

Sesapa yang datang bukan dengan pakej jangan risau sebab boleh jer join mana mana group untuk snorkling. Hari tu tengok area yang murah dia offer pakej ni kat Coral Beach. Coral Beach pun ada beberapa chalet yang boleh survey.

Dah puas snorkling kami bertolak balik ke Perhentian. Pukul 5 sampai kami singgah di Kg Nelayan untuk makan dan beli Roti.

Tips; Sila bawak roti time snorkling kat taman laut. Boleh bagi makan ikan dan tengok ikan berkumpul.

Day 3

Free and Easy hari ni. Snorkling dan mandi manda depan chalet.

Check out pukul 4 petang dan naik bot balik ke Kuala Besut.
Beli Tiket Bus Sani Express ke Kl rm44 sorang.

Pukul 9.30 naik bus balik ke  KL

Sampai TBS pukul 3 pagi.

No comments: