Get Your Cheapest Hotel Rate Today

11 May 2016

Kuala Lumpur : Banda Aceh - Pulau Weh

Assalamualaikum,

Bulan 2 berkesempatan jalan2 makan angin ke Aceh. Kali ni ikut geng diver pergi sana amik lesen dive. Ada yang amik advance dan ada yang amik Open Water.
Semua excited nak pergi Aceh ni sebab selalu tengok gambar dan video dive site kat Aceh cantik..so semangat semua orang.

Geng Diver ni nama dia #Padukootan. Aku yang bukan diver ni pun join sekali tiap kali trip dive. Bila diver-diver ni pegi dive aku lepaking dan buat aktiviti lain.

Mula dengan nk booking tiket, pertama sekali check harga RM77 saja pegi balik. Lepas tu sorang-sorang rasa cakap tunggu sekejap nk kompom tarikh la, nk kompom cuti la..kensel tak beli lagi.


Tiket flight
Pakej Diving Advance
Tempat Tinggal : Iboih Resort
Nama Dive Centre : Rubiah Tirta
Makan-Makan place 

1)Ayam Penyet - Mesti try ni sebab sedap wooo,sesapa yang minat ayam goreng dan ayam penyet mesti suka. Dia punya ayam penyet memang tak sama dengan yang ada kat Malaysia ni. Jadi mesti cuba kalau ke area Iboih ni. Kedai dia depan sikit dari Dive centre Rubiah Tirta. Dia masa bila kita order, jadi kena sabar dan bertabah sikit nak tunggu.

Dari KL - Banda Aceh-Pulau Weh

Kami semua amik flight pukul 7.00 pagi jadi dengan semangat semua dah bangun pukul 4.00 dan semua jumpa kat BTS/TBS. Dari sini kami suruh kawan yang ada Van angkut kami semua 10 orang ke airport. Bayar la duit minyak kat dia,takkan nk free pulak kan.

Banda Aceh

Sampai Airport Pak Supir dah tunggu, ini dah termasuk dalam pakej kami amik. So kami terus ke pelabuhan sebab ferry kami pukul 10,30 pagi. Sampai saja ngam-ngam dah ada ferry dok tunggu nak jalan. Besar ferry dia dan lama. Kami naik ferry dalam 45 minit sampai ke Pulau. Pening kepala aku ferry ni bau kuat minyak diesel. Adoi!!

Ferry ada dua jenis - Slow & Express.
Masa perjalanan 45 minit dengan Ferry Express dan 2 jam dengan ferry slow.
Ferry Slow ni macam ferry Pulau Pinang, dia angkut semua kereta, moto,barang-barang dan orang. Merasa la kami naik ferry slow ni masa balik, Tak ada spesifik tempat dudk, lepak la kat mana yang rasa ada kosong. Terasa macam pelarian pulak..hahahha

Makan-Makan Pulau Weh

Harga Ayam Penyer: RM7.00
Menu lain dia Lala & Daging penyet.

Jalan-Jalan Banda Aceh

1- Muzium Tsunami
2-Masjid 
3-Kapal di Atas Rumah
4-Kapal Tangki di tengah Bandar
5-Makan Mee Razali
6-Makan Seafood (400 juta -12 org makan termasuk supir)

Kos Pak supir tour seharian Banda Aceh -RM20 Sorang, Naik kereta Avanza

Contact Number Iboih Resort
Contact Number Pak Supir
Contact Number Rubiah Tirta

Tips & info ;

Port ke Daerah Sabang 
Jarak antara Port atau pelabuhan tempat kita turun Ferry adalah 45minit-1 jam. Rasa macam dekat tetapi keadaan jalan dan bentuk muka bumi berbukit dan curam. Jadi adalah lebih baik korang amik Pak Supir sebab diorang lebih biasa dengan jalan dan keadaan tu. Jalan pun kecil dan keliling adalah hutan-hutan. 

24 April 2016

Jalan Jalan Cari Makan Boat Noodles

ASSALAMUALAIKUM...

Rakan rakan pembaca sekelian,hari ni aku nak share pasal makan di Aroii Thai Boat Noodles restoran. Banyak restoran boat noodles, yang aku makan ni kat Shaftbury Cyberjaya.

Apa yang menarik sangat restoran ni? Mesti la cara dia hidang makanan dia dalam mangkuk@bowl. Semua makanan dalam mangkuk okey..Selain tu harga setiap makan dan minuman dia cuma RM1.90. Sebab harga RM1.90 ni lah salah satu faktor restoran ni jadi viral.

Nama pun restoran thai mesti la menu dia thai food. Menu boat noodles dan street food di thailand yang popular semua ada.
Disebabkan harga yang murah portion makanan dia pun ciput la. Itu yang orang order banyak sampai bertingkat tingkat. Ini juga satu strategi marketing harga murah dan nampak ciput ko akan order banyak. Dia gunakan kaedah psikologi dalam marketing, sangat pandai dan berkesan.

Rasa makanan pada aku hanya biasa, taklah special sangat.

Kami datang berempat,total kos makan RM51. Jemput tengok gambar.

Alamat

AROII THAI Bowl Noodled & Street Food

Unit P1-31,2350 Shaftbury Square, Persiaran Multimedia Cyberjaya 6, Selangor Darul Ehsan.

Jalan Jalan Cari Makan -Abah & Sons

ASSALAMUALAIKUM..

Kepada yang tak ada idea nak makan korang boleh cuba restoran Abah & Sons di Lakefields Sungai Besi,KL. Aku suka makan kat sini sebab makanan dia sesuai dengan harga, tak terlalu mahal @ overpriced bagi satu restoran berkonsep.

So kalau bawak family ramai pun tak pengsan bila tengok bil.

Selain harga, masakan dia pun sedap dan masa tunggu pun tak lama sangat. Aku selalu makan nasi goreng tomyam. Tapi hari ni aku try Tomyam dan Kueteow goreng seafood.

Pastu yang best air teh ais thai dia,buat aku rasa acam kat bangkok. Hahaha.
Sesapa minat makan thai,mai la try.

Dekorasi restoran ni berkonsepkan motor lama cam skuter dan suasana kedai kopi lama@antik. Manakala menu pula lebih kepada Thai food. Antara menu yang dihidangkan adalah Tomyam,Somtam,Padthai,Meehon sup dan Nasi Goreng Tomyam

Harga makanan aku makan hari ni;

Tomyam (ketam,sotong,ayam) =RM15.00
Kueteow Goreng Seafood = RM7.00
Teh Ais Thai =RM3
Ice Lemon Tea=RM3

Lokasi:
Lakefield Sungai Besi, KL