Assalamualaikum,
Bulan 2 berkesempatan jalan2 makan angin ke Aceh. Kali ni ikut geng diver pergi sana amik lesen dive. Ada yang amik advance dan ada yang amik Open Water.
Semua excited nak pergi Aceh ni sebab selalu tengok gambar dan video dive site kat Aceh cantik..so semangat semua orang.
Geng Diver ni nama dia #Padukootan. Aku yang bukan diver ni pun join sekali tiap kali trip dive. Bila diver-diver ni pegi dive aku lepaking dan buat aktiviti lain.
Mula dengan nk booking tiket, pertama sekali check harga RM77 saja pegi balik. Lepas tu sorang-sorang rasa cakap tunggu sekejap nk kompom tarikh la, nk kompom cuti la..kensel tak beli lagi.
Tiket flight
Pakej Diving Advance
Tempat Tinggal : Iboih Resort
Nama Dive Centre : Rubiah Tirta
Makan-Makan place
1)Ayam Penyet - Mesti try ni sebab sedap wooo,sesapa yang minat ayam goreng dan ayam penyet mesti suka. Dia punya ayam penyet memang tak sama dengan yang ada kat Malaysia ni. Jadi mesti cuba kalau ke area Iboih ni. Kedai dia depan sikit dari Dive centre Rubiah Tirta. Dia masa bila kita order, jadi kena sabar dan bertabah sikit nak tunggu.
Dari KL - Banda Aceh-Pulau Weh
Kami semua amik flight pukul 7.00 pagi jadi dengan semangat semua dah bangun pukul 4.00 dan semua jumpa kat BTS/TBS. Dari sini kami suruh kawan yang ada Van angkut kami semua 10 orang ke airport. Bayar la duit minyak kat dia,takkan nk free pulak kan.
Banda Aceh
Sampai Airport Pak Supir dah tunggu, ini dah termasuk dalam pakej kami amik. So kami terus ke pelabuhan sebab ferry kami pukul 10,30 pagi. Sampai saja ngam-ngam dah ada ferry dok tunggu nak jalan. Besar ferry dia dan lama. Kami naik ferry dalam 45 minit sampai ke Pulau. Pening kepala aku ferry ni bau kuat minyak diesel. Adoi!!
Ferry ada dua jenis - Slow & Express.
Masa perjalanan 45 minit dengan Ferry Express dan 2 jam dengan ferry slow.
Ferry Slow ni macam ferry Pulau Pinang, dia angkut semua kereta, moto,barang-barang dan orang. Merasa la kami naik ferry slow ni masa balik, Tak ada spesifik tempat dudk, lepak la kat mana yang rasa ada kosong. Terasa macam pelarian pulak..hahahha
Makan-Makan Pulau Weh
Harga Ayam Penyer: RM7.00
Menu lain dia Lala & Daging penyet.
Jalan-Jalan Banda Aceh
1- Muzium Tsunami
2-Masjid
3-Kapal di Atas Rumah
4-Kapal Tangki di tengah Bandar
5-Makan Mee Razali
6-Makan Seafood (400 juta -12 org makan termasuk supir)
Kos Pak supir tour seharian Banda Aceh -RM20 Sorang, Naik kereta Avanza
Contact Number Iboih Resort
Contact Number Pak Supir
Contact Number Rubiah Tirta
Tips & info ;
Port ke Daerah Sabang
Jarak antara Port atau pelabuhan tempat kita turun Ferry adalah 45minit-1 jam. Rasa macam dekat tetapi keadaan jalan dan bentuk muka bumi berbukit dan curam. Jadi adalah lebih baik korang amik Pak Supir sebab diorang lebih biasa dengan jalan dan keadaan tu. Jalan pun kecil dan keliling adalah hutan-hutan.
1 comment:
Tungsten - Titanium Arts
Tungsten - titanium ranger Titanium Arts. In addition to ion titanium hair color the cerakote titanium most innovative engineering elements from past years, Tungsten can also be used gr5 titanium to ceramic vs titanium flat iron manufacture
Post a Comment