Get Your Cheapest Hotel Rate Today

24 April 2010

MONAVIE Malaysia Grand Opening 17 April 2010

MONAVIE Malaysia Grand Opening 17 April 2010


Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh semua members MonaVie di Malaysia menjadi kenyataan. Pada 17hb April 2010 di Sunway Piramid Convention Center majlis ini diadakan. Disebabkan sibuk dengan preparation ke Jakarta pada 19hb April tak sempat nak post lepas balik dari Majlis tu. Disini saya upload gambar yang sempat diambil. MonaVie syarikat pengeluar jus acai berry terbaik telah memulakan operasi secara rasmi di Malaysia. Jangan lepaskan peluang mencuba jus acai berry yang telah diketahui mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.



gambar-gambar lain boleh tengok kat Facebook.



Jalan-jalan dan Shopping di Jakarta, Indonesia

Jakarta my experience



Selama 4 hari saya bercuti  ke jakarta sambil cari tempat whosale/pemborong pakaian. Ini kali kedua kesana, pergi dulu tahun 2006, actually memang boleh dikatakan dari segi apa yang dapat dilihat dengan mata kasar tiada perubahan walaupun dah 2 tahun berlalu. Mungkin ada sedikit yang berubah tetapi saya tidak perasan. Jakarta memang padat dengan penduduk. Di sini saya akan senaraikan sedikit info untuk dikongsi mengenai hotel, pengangkutan dan tempat shopping yang saya pergi. Saya pegi dengan budget limited nak tengok sejauh mana budget paling minimum boleh bercuti disana. So hotel memang belum booking,just gamble, sampai sana baru cari hotel. tapi dah google dan tanya member couchsurfing info sedikit sebanyak mengenai jakarta. Saya memilih untuk tinggal di hotel sekitar Mangga Dua kerana disini berdekatan pusat whosale (grosir).
Maklumat details  mengenai jakarta sila baca di wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Jakarta.


Pengangkutan / Transportation

Flight

Saya booking tiket Air Asia sebulan sebelum perjalanan, so murah tiket pergi balik just RM250.00 (tidak termasuk airport tax jakarta -RPH 150,000). Sila simpan wang Rupiah anda RPH 150,000 untuk airport tax. jangan shopping sakan sampai terlupa. Dalam flight akan diberi form untuk Visa On Arrival, isi siap-siap supaya senang bila turun jer boleh terus ke imigresen.
Tips:

  • So sesapa nak pergi dengan harga murah sila booking awal tiket anda.
  • Sila upsize luggage anda kerana anda mungkin shopping sampai kena beli beg baru
  • Air asia akan berlepas dari Terminal LCC dan tiba di Terminal 2D di Airport Sukarno Hatta, Indonesia. Berlepas ke Malaysia dari Terminal D juga, Air Asia menggunakan Termainal D.

Bas dan Teksi ( Taksi)
Dari Airport Sukarno Hatta ke Mangga Dua ada bas iaitu bas Damri. Tapi saya tak sempat amik bas ni sebab bas ni hanya ada setiap 2 jam sekali, so saya amik teksi jer. Bas Damri ada juga perjalanan ke tempat-tempat lain seperti Blok M  dan lain-lain.Tambang bas hanya RPH20,000 ataupun lebih kurang *RM7.50. Tiket beli dikaunter sebelum naik bas. Kalau anda mempunyai banyak masa sila cuba menaiki bas dan reply feedback disini.

Tambang teksi
-dari Airport ke Mangga Dua RPH 150,000, lebih kurang *RM55.50. (bayar dikaunter dan dapat resit)
-dari Trans Hotel Mangga Dua ke Tanah Abang RPH30,000 , *RM11 (guna meter time tak jammed).
-meter Teksi  start dari RPH6000 apabila naik jer Teksi.

Seperti yang dipesan dan dinasihat oleh semua orang sila gunakan perkhidmatan Teksi Bluebird Group kerana teksi ni guna meter (argo) dan lebih murah. Teksi Bluebird bewarna biru dan ada tertulis " Bluebird Group". Headrest mempunyai logo bluebird dan ditepi tingkap tertera sticker informasi syarikat. Awas banyak Teksi bewarna biru tapi bukan semestinya Bluebird.




Angkutan
Angkutan rupanya seperti lori pikup yg diubahsuai dan ada tempat duduk dibelakang. Biasanya boleh muat 6 orang dan ada yang lebih. Ada nombor pada angkutan dan setiap nombor membezakan destinasi. Cth: No. 08 ke Tanah Abang. Saya tak sempat naik kenderaan ni tapi memang murah. dari hotel saya menginap ke Mangga Dua Square hanya RPH3,000,iaitu *RM1.11.
Tips: Kurang sesuai sekiranya anda membawa banyak barang sebab sempit bila ramai orang naik.






Bajaj
Motosikal beroda tiga yang diubahsuai, boleh muat 2 penumpang dan 2 beg troli kami, hehehe. Harga bergantung pada jauh perjalanan, biasanya Bajaj tidak membawa penumpang ke lokasi yang terlalu jauh. Hanya sekitar kawasan berdekatan. Tambang RPH10,000 dari Hotel Trans ke Mangga Dua Square atau Hotel Le Grandeur (depan ITC  Mangga Dua ).
Tips: Tanya dulu berapa tambang sebelum naik, kaau boleh bertanya orang tempatan berapa kadar tambang ke destinasi tersebut, so kalau dicaj melampau anda dah tau.




Hotel
Hotel Ibis Mangga Dua (3 Bintang)
Hari Pertama kami tinggal di Hotel Ibis Mangga Dua. Hotel ni bertaraf 3 Bintang. rate dari RM126 ke atas. Kalau booking awak boleh dapat harga RM120, kalau Walk in harga RPH 496,000 iaitu RM183. Kebanyakan orang Malaysia ke Mangga Dua akan memilih hotel ini. Lokasi memang berdekatan ITC Mangga Dua dan Pasar Pagi Mangga Dua. Dari hotel nampak bangunan ITC (kami di tingkat 12).

More Info Ibis Hotel Mangga Dua

Hotel Trans (Budget Hotel)
Hari kedua dan ketiga kami menginap di budget hotel, iaitu Trans Hotel. Sebaris dengan ITC Mangga Dua, tidak jauh dari Station Keretapi. Dari ITC Mangga 2.Dari ITC Mangga Dua naik bajaj ke sini hanya RPH5,000.
Harga bilik RPH200,000 iaitu RM74.00. Hotel ni ada aircond, hot shower,TV. Agak selesa juga dengan harga yang murah. Sesuai untuk budget traveller. Oleh kerana kedudukanya yang berdekatan dengan station keretapi sesekali terdengar bunyi keretapi.


Tempat- Tempat  Shopping


Mangga Dua ITC  (dorang sebut ETC)
Kat sini banyak terdapat pelbagai jenis pakaian.
Ada yang menawarkan harga borong tapi kena survey-survey la sebab ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga baju local dan ada yang import. Sibuk shopping terlupa nak amik gambar tempat2 shopping ni. Lepas tu bateri camera pula habis. Tapi kedudukan susunan kedai kat sini agak pening sikit. Kalau dah jumpa yg berkenan tu sambar jer, kang pusing2 tak jumpa lak kedai. Itu yang berlaku pada kami.

Waktu operasi- pukul 9-6pm


Tanah Abang


 Kat sini pun pusat whosale atau diorang cakap "grosir". Sini tak jauh dari mangga dua. Naik teksi meter tambang dalam RM8 jer. Kat sini tempatnya lebih tersusun sebab baru lagi. Setiap floor/Lantai menjual produck berbeza. Kalau 1st Floor jual tekstil, 2n floor pula jual Curtain/Cadar. So Senang sikit nak cari apa yang kita fokuskan.




Atas ada tempat makan, so penat2 shopping acara makan2 lah yang paling seronok.


Jangan lepaskan Peluang makan Masakan Padang (yang lauknya mcm2 tu,penuh meja)
Kami makan di restoran Garuda, menurut Pakcik Teksi ni kira agak mahal juga rate makanan kat sini.







Ok setakat ni saja. Tak banyak gambar yang ambik sebab masa tu lak camera nak buat hal. 
Saya akan ke Jakarta lagi Pada January 2011 (Kali ni akan amik gambar sebanyak mungkin). 


*berdasarkan rate RM1 =RPH2700, sila rujuk rate semasa anda.


Kepada sesiapa yang ada nak bertanya apa2 sila comment atau email jer saya. Ada yang tau saya akan kongsi bersama


Jakarta Travel Map 1st Edition (Indonesia Regional Maps)

15 April 2010

My-Spacez.blogspot.com: Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

My-Spacez.blogspot.com: Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Pikom PC Fair at KLCC Convention Center 16-18 April 2010

  
PC Fair is back at KLCC Convention Center this 16-18 April 2010. For those IT fan this the time for get new gadget at best price. Today when by pass KLCC area I saw PC Fair Bunting every where.
Pikom Offical Web: Click for more info

For those go for shopping my advise survey first and compare price to win the deal. Lastime when I still a student i never miss PC fair. Sometimes I go the whole 3 days. Window shopping, love to  take a look new technology and computer and part.How fast IT world change? It faster than the other Industry. The 3 years old PC become outdated today even still working. I't's doesn't like car. The PC perfomance and everything related become better and get better everyday.

Here got few link you can see the current price and make a comparison.
http://www.dell.com.my/
http://www.lowyat.net/v2/

14 April 2010

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Panduan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Salam dan selamat sejahtera 

Hari sabtu lepas, 10 April 2010 saya pergi exam khas untuk kerja kerajaan. Ini kali ke 2 dah pergi exam ni, sebelum ini pergi tak ada persediaan dan satu apa pun tak baca. Kali ni ada baca beberapa buku, bukan apa dah dapat panggilan pegi dan cuba jer la. Memang ada bezanya kalau tiada persediaan dan ada persediaan. Dapat juga berkenalan ngan member baru yang sama-sama amik exam dok kat sebelah.Nama Erda, dari Klang dia datang, exam ni kat Mardi,Serdang. Ramai yang sebenarnya nak kerja dengan kerajaan ni, sampaikan jalan jammed ler hari tu.

Saya  kongsi sedikit info kat sini supaya dapat  jadi panduan akan datang.

Ada 2 bahagian Peperiksaan ini:

Bahagian 1 (Ada 5 Seksyen).

Seksyen A-Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Soalan :50  (Objektif)   Masa : 40 Minit
Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi,perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur,pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonimi/kewangan,hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri,pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Tujuan seksyen ini untuk menguji sejauh mana pengetahuan am kita dan sejauh mana kita mengikuti apa yang berlaku dia dalam negara dan luar negara dalam semua aspek (Ekonomi,sosial,hubungan antarabangsa,sukan,teknologi dan maklumat).

Tips menjawab Seksyen A
- Baca suratkhabar dan amik tahu mengenai apa yang berlaku dalam negara,ekonomi,sukan dan sosial. 
-Baca Mengenai aspek kenegaraan dan semua yang berkaitan dengan Malaysia. Kalau dapat hafal buku Malaysia Kita mesti boleh jawab nyer.


Bahan rujukan yang boleh membantu :
Buku Malaysia Kita
 p/s: Beli awal-awal sebab bila time nak exam tu kadang-kadang pegi kedai buku dah abih. Ada juga orang yang tak tau wujudnya buku ni.
Baca wikipedia apa yang berkaitan dengan Malaysia kita:
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
Suratkhabar/newspaper. Kalau anda seorang yang rajin membaca paper memang membantu.
http://www.bharian.com.my/
http://www.utusan.com.my/
http://thestar.com.my/
Contoh soalan yang naik:  
1-Siapakah tuan rumah Piala Dunia 2010? 
2-Apakah moto 1 Malaysia
3-Apakah moto yang tercatat pada Jata Negara?
Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah 
Soalan : 40 (Objektif)     Masa : 45 Minit
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:

i-Kemahiran logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan


ii-Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


iii-Konsep Matematik
Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas matematik Sijil Pelajaran Malaysia. (Kalkulator tidak boleh digunakan).


Tips:
-Tiada nota khusus, soalan yang ditanya merupakan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk ayat
-Dinasihatkan tidak mengamil masa yang terlalu lama untuk satu-satu soalan

Seksyen C- Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Soalan : 40 (Objektif)   Masa  :  45 Minit
Seksyen ini mengukur dari aspek:
i-kemahiran memindah maklumat
ii-Kefahaman
iii-Kemahiran tatabahasa dan Kosa kata

Tips:-
-Soalan berdasarkan artikel yang diberi, isi tempat kosong dengan tatabahasa yang betul.
-Sama seperti kertas Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kita belajar dari form 1 sampai form5 kat sekolah.

Seksyen D-Esei bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya kretiviti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaiaan Esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah
Soalan :  3 jawab 1       
Masa   :  1 Jam
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Tips:-
-Soalan Esei berdasarkan Isu semasa ,cth:ekonomi,sukan,sosial,sains dan teknologi
-Cth soalan: Berikan cadangan untuk memperkasakan pengeluaran makanan dalam negara (lebih kurang mcm ni ler soalannya,tak brapa ingat yg complete).
-Suratkhabar/newspaper sangat membantu menjawab soalan ni.

Seksyen E-Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kretiviti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaiaan Esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : 3 jawab 1
Masa : 1 Jam
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Tips:-
-Soalan Esei berdasarkan Isu semasa ,cth:ekonomi,sukan,sosial,sains dan teknologi
-Suratkhabar/newspaper sangat membantu menjawab soalan ni.

Bahagian 2

Seksyen A-Sahsiah Diri
Seksyen ini untuk mengenalpasti profail sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.

Soalan   : 200 (objektif)  Masa:  40 Minit

tips: soalan ini mengukur sikap,nilai-nilai murni yang ada dalam diri kita.
cth soalan: Andakah anda selalu berbual dengan jiran anda?

Seksyen B-Minat
Seksyen ini untuk mengenalpasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati.Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Soalan : 227 (objektif) Masa: 20 Minit

tips: soalan ini mengukur minat kita.
cth soalan: Anda boleh bertukang?

ok sampai sini jer berkaitan dengan Peperiksaan ni. So sila sampaikan kepada semua sabahat-sahabat. Apabila dah register jer dalam web SPA rajin-rajin la mengambil tahu hal ehwal semasa. Baca suratkhabar dan yang berkenaan.

Sila tambah/komen sesapa yang masih ingat soalan,so boleh dijadikan contoh soalan.