Get Your Cheapest Hotel Rate Today

14 April 2010

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Panduan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Salam dan selamat sejahtera 

Hari sabtu lepas, 10 April 2010 saya pergi exam khas untuk kerja kerajaan. Ini kali ke 2 dah pergi exam ni, sebelum ini pergi tak ada persediaan dan satu apa pun tak baca. Kali ni ada baca beberapa buku, bukan apa dah dapat panggilan pegi dan cuba jer la. Memang ada bezanya kalau tiada persediaan dan ada persediaan. Dapat juga berkenalan ngan member baru yang sama-sama amik exam dok kat sebelah.Nama Erda, dari Klang dia datang, exam ni kat Mardi,Serdang. Ramai yang sebenarnya nak kerja dengan kerajaan ni, sampaikan jalan jammed ler hari tu.

Saya  kongsi sedikit info kat sini supaya dapat  jadi panduan akan datang.

Ada 2 bahagian Peperiksaan ini:

Bahagian 1 (Ada 5 Seksyen).

Seksyen A-Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Soalan :50  (Objektif)   Masa : 40 Minit
Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi,perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur,pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonimi/kewangan,hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri,pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Tujuan seksyen ini untuk menguji sejauh mana pengetahuan am kita dan sejauh mana kita mengikuti apa yang berlaku dia dalam negara dan luar negara dalam semua aspek (Ekonomi,sosial,hubungan antarabangsa,sukan,teknologi dan maklumat).

Tips menjawab Seksyen A
- Baca suratkhabar dan amik tahu mengenai apa yang berlaku dalam negara,ekonomi,sukan dan sosial. 
-Baca Mengenai aspek kenegaraan dan semua yang berkaitan dengan Malaysia. Kalau dapat hafal buku Malaysia Kita mesti boleh jawab nyer.


Bahan rujukan yang boleh membantu :
Buku Malaysia Kita
 p/s: Beli awal-awal sebab bila time nak exam tu kadang-kadang pegi kedai buku dah abih. Ada juga orang yang tak tau wujudnya buku ni.
Baca wikipedia apa yang berkaitan dengan Malaysia kita:
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
Suratkhabar/newspaper. Kalau anda seorang yang rajin membaca paper memang membantu.
http://www.bharian.com.my/
http://www.utusan.com.my/
http://thestar.com.my/
Contoh soalan yang naik:  
1-Siapakah tuan rumah Piala Dunia 2010? 
2-Apakah moto 1 Malaysia
3-Apakah moto yang tercatat pada Jata Negara?
Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah 
Soalan : 40 (Objektif)     Masa : 45 Minit
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:

i-Kemahiran logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan


ii-Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


iii-Konsep Matematik
Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas matematik Sijil Pelajaran Malaysia. (Kalkulator tidak boleh digunakan).


Tips:
-Tiada nota khusus, soalan yang ditanya merupakan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk ayat
-Dinasihatkan tidak mengamil masa yang terlalu lama untuk satu-satu soalan

Seksyen C- Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Soalan : 40 (Objektif)   Masa  :  45 Minit
Seksyen ini mengukur dari aspek:
i-kemahiran memindah maklumat
ii-Kefahaman
iii-Kemahiran tatabahasa dan Kosa kata

Tips:-
-Soalan berdasarkan artikel yang diberi, isi tempat kosong dengan tatabahasa yang betul.
-Sama seperti kertas Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kita belajar dari form 1 sampai form5 kat sekolah.

Seksyen D-Esei bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya kretiviti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaiaan Esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah
Soalan :  3 jawab 1       
Masa   :  1 Jam
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Tips:-
-Soalan Esei berdasarkan Isu semasa ,cth:ekonomi,sukan,sosial,sains dan teknologi
-Cth soalan: Berikan cadangan untuk memperkasakan pengeluaran makanan dalam negara (lebih kurang mcm ni ler soalannya,tak brapa ingat yg complete).
-Suratkhabar/newspaper sangat membantu menjawab soalan ni.

Seksyen E-Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kretiviti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaiaan Esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : 3 jawab 1
Masa : 1 Jam
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Tips:-
-Soalan Esei berdasarkan Isu semasa ,cth:ekonomi,sukan,sosial,sains dan teknologi
-Suratkhabar/newspaper sangat membantu menjawab soalan ni.

Bahagian 2

Seksyen A-Sahsiah Diri
Seksyen ini untuk mengenalpasti profail sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.

Soalan   : 200 (objektif)  Masa:  40 Minit

tips: soalan ini mengukur sikap,nilai-nilai murni yang ada dalam diri kita.
cth soalan: Andakah anda selalu berbual dengan jiran anda?

Seksyen B-Minat
Seksyen ini untuk mengenalpasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati.Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Soalan : 227 (objektif) Masa: 20 Minit

tips: soalan ini mengukur minat kita.
cth soalan: Anda boleh bertukang?

ok sampai sini jer berkaitan dengan Peperiksaan ni. So sila sampaikan kepada semua sabahat-sahabat. Apabila dah register jer dalam web SPA rajin-rajin la mengambil tahu hal ehwal semasa. Baca suratkhabar dan yang berkenaan.

Sila tambah/komen sesapa yang masih ingat soalan,so boleh dijadikan contoh soalan.

No comments: