Selama 4 hari saya bercuti ke jakarta sambil cari tempat whosale/pemborong pakaian. Ini kali kedua kesana, pergi dulu tahun 2006, actually memang boleh dikatakan dari segi apa yang dapat dilihat dengan mata kasar tiada perubahan walaupun dah 2 tahun berlalu. Mungkin ada sedikit yang berubah tetapi saya tidak perasan. Jakarta memang padat dengan penduduk. Di sini saya akan senaraikan sedikit info untuk dikongsi mengenai hotel, pengangkutan dan tempat shopping yang saya pergi. Saya pegi dengan budget limited nak tengok sejauh mana budget paling minimum boleh bercuti disana. So hotel memang belum booking,just gamble, sampai sana baru cari hotel. tapi dah google dan tanya member couchsurfing info sedikit sebanyak mengenai jakarta. Saya memilih untuk tinggal di hotel sekitar Mangga Dua kerana disini berdekatan pusat whosale (grosir).
Maklumat details mengenai jakarta sila baca di wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Jakarta.
Pengangkutan / Transportation
Flight
Saya booking tiket Air Asia sebulan sebelum perjalanan, so murah tiket pergi balik just RM250.00 (tidak termasuk airport tax jakarta -RPH 150,000). Sila simpan wang Rupiah anda RPH 150,000 untuk airport tax. jangan shopping sakan sampai terlupa. Dalam flight akan diberi form untuk Visa On Arrival, isi siap-siap supaya senang bila turun jer boleh terus ke imigresen.
Tips:
- So sesapa nak pergi dengan harga murah sila booking awal tiket anda.
- Sila upsize luggage anda kerana anda mungkin shopping sampai kena beli beg baru
- Air asia akan berlepas dari Terminal LCC dan tiba di Terminal 2D di Airport Sukarno Hatta, Indonesia. Berlepas ke Malaysia dari Terminal D juga, Air Asia menggunakan Termainal D.
Bas dan Teksi ( Taksi)
Dari Airport Sukarno Hatta ke Mangga Dua ada bas iaitu bas Damri. Tapi saya tak sempat amik bas ni sebab bas ni hanya ada setiap 2 jam sekali, so saya amik teksi jer. Bas Damri ada juga perjalanan ke tempat-tempat lain seperti Blok M dan lain-lain.Tambang bas hanya RPH20,000 ataupun lebih kurang *RM7.50. Tiket beli dikaunter sebelum naik bas. Kalau anda mempunyai banyak masa sila cuba menaiki bas dan reply feedback disini.
Tambang teksi
-dari Airport ke Mangga Dua RPH 150,000, lebih kurang *RM55.50. (bayar dikaunter dan dapat resit)
-dari Trans Hotel Mangga Dua ke Tanah Abang RPH30,000 , *RM11 (guna meter time tak jammed).
-meter Teksi start dari RPH6000 apabila naik jer Teksi.
Seperti yang dipesan dan dinasihat oleh semua orang sila gunakan perkhidmatan Teksi Bluebird Group kerana teksi ni guna meter (argo) dan lebih murah. Teksi Bluebird bewarna biru dan ada tertulis " Bluebird Group". Headrest mempunyai logo bluebird dan ditepi tingkap tertera sticker informasi syarikat. Awas banyak Teksi bewarna biru tapi bukan semestinya Bluebird.
Angkutan
Angkutan rupanya seperti lori pikup yg diubahsuai dan ada tempat duduk dibelakang. Biasanya boleh muat 6 orang dan ada yang lebih. Ada nombor pada angkutan dan setiap nombor membezakan destinasi. Cth: No. 08 ke Tanah Abang. Saya tak sempat naik kenderaan ni tapi memang murah. dari hotel saya menginap ke Mangga Dua Square hanya RPH3,000,iaitu *RM1.11.
Tips: Kurang sesuai sekiranya anda membawa banyak barang sebab sempit bila ramai orang naik.
Bajaj
Motosikal beroda tiga yang diubahsuai, boleh muat 2 penumpang dan 2 beg troli kami, hehehe. Harga bergantung pada jauh perjalanan, biasanya Bajaj tidak membawa penumpang ke lokasi yang terlalu jauh. Hanya sekitar kawasan berdekatan. Tambang RPH10,000 dari Hotel Trans ke Mangga Dua Square atau Hotel Le Grandeur (depan ITC Mangga Dua ).
Tips: Tanya dulu berapa tambang sebelum naik, kaau boleh bertanya orang tempatan berapa kadar tambang ke destinasi tersebut, so kalau dicaj melampau anda dah tau.
Hotel
Hotel Ibis Mangga Dua (3 Bintang)
Hari Pertama kami tinggal di Hotel Ibis Mangga Dua. Hotel ni bertaraf 3 Bintang. rate dari RM126 ke atas. Kalau booking awak boleh dapat harga RM120, kalau Walk in harga RPH 496,000 iaitu RM183. Kebanyakan orang Malaysia ke Mangga Dua akan memilih hotel ini. Lokasi memang berdekatan ITC Mangga Dua dan Pasar Pagi Mangga Dua. Dari hotel nampak bangunan ITC (kami di tingkat 12).
More Info Ibis Hotel Mangga Dua
Hotel Trans (Budget Hotel)
Hari kedua dan ketiga kami menginap di budget hotel, iaitu Trans Hotel. Sebaris dengan ITC Mangga Dua, tidak jauh dari Station Keretapi. Dari ITC Mangga 2.Dari ITC Mangga Dua naik bajaj ke sini hanya RPH5,000.
Harga bilik RPH200,000 iaitu RM74.00. Hotel ni ada aircond, hot shower,TV. Agak selesa juga dengan harga yang murah. Sesuai untuk budget traveller. Oleh kerana kedudukanya yang berdekatan dengan station keretapi sesekali terdengar bunyi keretapi.
Tempat- Tempat Shopping
Mangga Dua ITC (dorang sebut ETC)
Kat sini banyak terdapat pelbagai jenis pakaian.
Ada yang menawarkan harga borong tapi kena survey-survey la sebab ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga baju local dan ada yang import. Sibuk shopping terlupa nak amik gambar tempat2 shopping ni. Lepas tu bateri camera pula habis. Tapi kedudukan susunan kedai kat sini agak pening sikit. Kalau dah jumpa yg berkenan tu sambar jer, kang pusing2 tak jumpa lak kedai. Itu yang berlaku pada kami.
Waktu operasi- pukul 9-6pm
Tanah Abang
Kat sini pun pusat whosale atau diorang cakap "grosir". Sini tak jauh dari mangga dua. Naik teksi meter tambang dalam RM8 jer. Kat sini tempatnya lebih tersusun sebab baru lagi. Setiap floor/Lantai menjual produck berbeza. Kalau 1st Floor jual tekstil, 2n floor pula jual Curtain/Cadar. So Senang sikit nak cari apa yang kita fokuskan.
Atas ada tempat makan, so penat2 shopping acara makan2 lah yang paling seronok.
Jangan lepaskan Peluang makan Masakan Padang (yang lauknya mcm2 tu,penuh meja)
Kami makan di restoran Garuda, menurut Pakcik Teksi ni kira agak mahal juga rate makanan kat sini.
Ok setakat ni saja. Tak banyak gambar yang ambik sebab masa tu lak camera nak buat hal.
Saya akan ke Jakarta lagi Pada January 2011 (Kali ni akan amik gambar sebanyak mungkin).
*berdasarkan rate RM1 =RPH2700, sila rujuk rate semasa anda.
Kepada sesiapa yang ada nak bertanya apa2 sila comment atau email jer saya. Ada yang tau saya akan kongsi bersama
Jakarta Travel Map 1st Edition (Indonesia Regional Maps)
No comments:
Post a Comment