Get Your Cheapest Hotel Rate Today

08 December 2013

Bercuti Ke Singapore- Hotel, Hostel, Shopping ,Unversal Studio Tiket

Salam,

Kat sini saya nak share kat mana saya beli tiket,booked hotel anda sedikit mklumat supaya semua yang nak pegi USS atau Singapore boleh jadikan rujukan.
 Kat sini saya nak share apa yang saya dapat hasil daripada research beberapa hari yang saya buat sebelum ke SG.


Check list untuk trip ke SG:

1-Transportation
KL - SG

FLIGHT
Saya tau ramai yang syorkan kami KL-JB-USS sebab jimat kos kalau stay kat JB.
Tapi kami memilih KL-SG , maknanya stay di hotel kat Singapore.

Jetstar & Air Asia  :  KL -Singapore
Compare harga tiket bus,keretapi,flight dan kos minyak dan tol klu drive dari KL ke Jb.
Tapi bila kira kos kami yang 8 orang ni kena naik 2 kereta agak mahal jugak.
Jadi kami amik Flight ja, Jetstar. Dah check time tu Jetstar paling murah compare ngan Air Asia.
Tiket return KL-SG RM149 sorang, no check in luggage.
Jetstar berlepas dari KLIA airport Main Terminal dan sampai di Terminal 1 Changi Airport Singapore.
Jetstar ada banyak flight ke Singapore setiap hari, boleh check dan book online kat website dia.

BUS Express -KL-Singapore
Selain dari tu ada banyak BUS Ekpress yang buat perkhidmatan dari KL ke Singapore. Boleh google , ada yang boleh beli online. Kos naik bus KL-SG return RM120-RM150 gak.

Transit Buss - JB-Singapore
Kalau betul-betul nak jimat naik Bus biasa dari JB ke Singapore , kos dalam $2 jer. Tapi korang nanti kena beratur panjang nak cop passport.

Train : KL-Singapore
Kalau naik train perjalanan amik masa 8jam juga.
Tiket boleh check kat sini www.KTM.gov
Hari tu check tiket dah habis, kalau seat duduk RM55 one way.

.

2-Accomodation
- Hotel / Hostel di Singapore

Kami memilih untuk tinggal kat hotel kali ni, iaitu  V Hotel Lavender.
Macam biasa mula - mula aku compare hotel kat Agoda dan Booking.com
Jadi aku choose Hotel V Lavender sebab dia dekat ngan MRT Station Lavender, senang nanti nak keluar.
Mahal gak hotel ni, tapi yang ni paling convenient lokasi dia dan masih ada kosong bilik dia.
Kat bawah hotel ni ada makanan halal , 2-3 restoran kat sini, jadi senang nak makan.
Total Price 2 Family Room: 3Day 2Night $840  (ada 1 Katil King dan 1 Single)
Kami semua 6 orang dewasa, 2 kanak tido dgn selesa

Pilihan pertama nak tinggal jer kat hostel sebab jimat giler. Anda hostel yang murah dan sesuai untuk family 88, tapi dalam 10 minit jalan ke station MRT. Hostel ni member yang recommend, dia stay kat sini ngan baby dia yang 5 tahun tu.
Tetapi ada hostel yang tak benarkan kanak kanak bawah 12 thn stay. Ada yang boleh tapi dah full booked, yer lah cuti sekolah.

Kalau sesapa yang suka makan nasi korang boleh stay area Bugis, sini banyak restoran Halal.

Kepada yang nak pergi just fokus nak main semua benda kat Sentosa, boleh pilih bermalam kat sini.
Kat Sentosa bukan jer ada USS, ada Zoo,tapi ada macam-macam lagi, korang boleh check kat website Resort World Sentosa. Kalau nak pegi semua tempat menarik ni saya syorkan korang pegi 4 hari 3 malam.

- Hotel / Hostel di JB

Memang murah kalau hotel di JB, paling senang boleh stay kat TUNE hotel JB sebab ada shuttle Bus direct ke USS. Tiket Bus ni biasanya RM30 seorang. Check kat sini hotel kat JB, pastikan hotel tu ada shuttle bus lebih senang nak ke USS , lagilah kalau bawak kanak-kanak.
Ada juga hotel yang memang ada buat pakej ke USS.

3-Beli Tiket USS
Dah tujuan utama nak pegi Singapore sebab USS, jadi kena pastikan ada tiket USS.
Survey punya survey, lastly beli kat website Sentosa Resort World Sentosa sebab ada diskaun 15% untuk pelanggan Maybank. Boleh guna debit kad ataupun kredit kad.

Lepas baca review kat blog kebanyakan cakap kalau peak season masa beratur naik main sampai 1 jam, ngeri gak ni. Memang pun time beratur 30-90minit, jadi kalau boleh beli la tiket ekpress.
Tiket ekpress ni boleh juga beli on the spot kat dalam USS.
Harga tiket $ 63 sorang untuk dewasa, kanak $49.
Tiket express $50 sorang (1 time ekpress, klu unlimited express $70)

Kat Hotel kami stay pun ada jual tiket USS dengan harga $63 termasuk shuttle dari hotel ke USS. Kiranya murah gak ni.

Selain tu korang boleh juga beli tiket di AsiaTravel, tap saya takde pengalaman beli kat sini. Ada juga orang yang beli di Facebook dan blog yang tawarkan harga murah.

***
Tips:

1- Kalau korang betul betul nak explore semua tempat kat SG kena pegi at least 4 hari 3 malam.
Biasanya kalau bawak kanak2 mesti masa habis seharian kat dalam USS dan kanak kanak dah letih lepas tu.
2-Kalau pergi musim hujan Bawak "Poncho" baju hujan yang nipis tu kalau nk jimat (kat dlm USS jual $ 4 satu). Lagipun ada 1 ride yang basah kat dlm USS. Beli kat testco baru RM3,tak pun kat kedai RM2 pun banyak.
3-Kalau nak stay kat JB sila confirmkan shuttle BUS terakhir balik ke JB pukul berapa.
4-Hari Sabtu USS tutup pukul 10.00 malam.
5-Hari Sabtu ada Parade kat USS.
6-Beli Souvenior kat Bugis Street paling murah.
7-Elakkan menaikki teksi sebab kebanyakkan reviews saya baca banyak bad feedback, tapi korang boleh cuba sendiri, saya tak cuba sebab takut juga.
8-Kalau ada budget lebih belilah Tiket Express sebab kanak-kanak nanti penat nak beratur.

Kesimpulannya stay kat JB memang murah giler berbanding kat Singapore ,tetapi kalau stay kat SG kelebihanya korang boleh merayau sampai lewat dan pergi tempat-tempat lain yang menarik kat SG.
So semuanya bergantung kepada budget masing-masing.

Tq kepada yang membaca, hope ada info yang korang boleh guna kalau nak pegi USS.
Boleh tanya kalau ada apa2 yang korang nak tau.
Enjoys!!


21 November 2013

Bercuti dan bermain di USS - Short trip ke Universal Studio Singapore 3D 2N

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sempena cuti sekolah ni semua orang sibuk pergi bercuti..
Kali ni aku bawak kanak-kanak pergi main kat USS! Last minute confirm nak pegi.
Dah lama diorang nak pergi akhirnya kali ni jadi gak.
Kami pergi 6 Dewasa dan 2 Kanak2. Total 8pax, ramai gak kan.


Day 1-22 Nov- Jumaat

6.30 AM
Bertolak ke KLIA, datang awal bagi mengelakkan sebarang masalah or kesesakkan kat kaunter immigresen.
Flight Jetstar Pukul 8.50 dari Main Terminal KLIA dan sampai di Changi Aiport pukul 9.50pagi.




Turun flight kanak kanak lapar, makan dulu kat Burger King . Ada logo dan sijil halal kat sini.
Dari Changi Airport ke ke hotel dengan MRT , turun kst station Lavender. Harga Tiket sehala $2 sorang, nak beli tourist Pass tapi kat sini tak jual pula, so terpaksa beli dulu yang sehala.
Kat station MRT Lavender kami beli tourist pass $20 Sehari ($10 deposit akan dipulang bla return kad dlm masa 5 hari). Ada 3 jenis Tourist pass, 1 day, 2days dan 3days.

12.30 NOON
Check in Hotel V Lavendar.
Berehat sebentar sebelum keluar ronda ronda sekitar kawasan yang dekat dengan area hotel.
Paling dekat pegi Bugis, tapi nak cari Singa lambang kota Singapura ni dan ambik gambar dulu.



Restoran halal kat bawah hotel-ada nasi lemak kat sini

2.00 PM
Naik MRT dan turun di station MRT Raffles, kat sini nak cari Merlion Park (Singa besar yang keluar air tu).
Pastu jalan jalan sampai Marina Bay , huh jauh jugak berjalan, kanak kanak penat dah. Siap ambik
semua gambar mercu tanda Singapore..hahaha.
Hotel are station MRT Raffles pun banyak so sesapa nak tinggal area ni pun boleh. Tapi kebanykkan hotel kat sini agak mahal. Boleh juga pilih hotel yang kat area station
Check kat sini nak tengok hotel/hostel lain sekitar Merlion Park.

 
 
 
 



6.00 PM

Pegi Bugis Untuk makan dan beli souveniers.
Dari MRT station Raffles kami turun kat station Bugis. Jalan dalam 5minit nampak Menara Masjid, nak cari restoran Zam Zam. Restoran ni banyak orang reviews dan syorkan dalam internet. Kalau nak senang cari korang tengok menara masjid dan berjalan menghala ke sana. Memang betul2 dekat dengan Masjid restoran ni. Kat sini makanan yang paling femes Murtabak dialah.
Kami order Murtabak dan Nasi Briyani. Murtabak memang sedap, terbaik. Nasi Briyani biasa jer rasa mcm kat Malaysia.
Total cost makan utk semua orang $44.

Kalau korang nak senang cari makanan halal boleh stay kat hotel/hostel area Bugis .
Kat sini memang banyk hostel kalau untuk yang budget dan ada yang dekat dengan station MRT Bugis. Hotel yang paling dekat dengan MRT Bugis adalah Village Hotel Bugis , time jalan tu nampak hotel ni. dalam 3-5 minit jer jalan dari station MRT tu.


Murtabak Zam Zam yang terkenal disingapore





Lepas makan kami pegi Bugis Street nak beli souveniour. Kat sini murah contohnya keychain ada 6pcs $10, 24pcs $10. Tshirt kanak kanak 3pcs $ 10,beg 3pcs $10.

Bugis Street-Bisnes sampai lewat malam


Tshirt Murah Murah


Day 2 -23 Nov -Sabtu

10.00 AM Bertolak ke USS ngan Taxi
Harga Taxi ni $45 per trip ( boleh muat 10 org). Kalau naik MRT lebih Kurang $5 sorang dan kena tukar kat 2 station. Boleh jugak naik bus terus ke USS. Memandangkan harga Teksi dan MRT sama saja untuk kami berlapan, jadi kami pun amik Teksi dari hotel terus ke USS.
Kepada sesapa yang ada banyak budget korang boleh stay kat hotel yang ada memang dekat USS ni.
Tapi agak jauh sikit kalau nak ke city center dan kalau naik MRT kena tukar banyak kali.

Yahoo!!! dah sampai...


Jambatan ke Sentosa


Sampai USS semua sibuk nak amik gambar ngan bumi besar..mau 20minit gak dok berposing sini..
Orang pun ramai nak amik gambar jadi lambat dan kena sabar.
Masuk jer USS, semua orang excited , kanak kanak lagilah. Jangan lupa amik map, so korang boleh tau benda apa ada kat mana dan apa yang nak main dulu.




Benda pertama kami masuk Sesame Street.
Ride ni sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak2.
Masa beratur dan  menunggu untuk main permainan ni 30 minit.
Lepas tu move ke Transformer, kat sini masa menunggu lagi lama, 1 jam 30minit. Fuhh mau tercabut


Depan Ride Transformer-baru lepas terkejut..


Accelerate--betul ker aku eja...pening lepas pusing2 hahaha

Memang best, tapi kalau orang takut laju, gelap tak sesuai main ni takut sakit jantung.
Kalau taknak tunggu lama, pilih line single rider, mean anda kan duduk ngan sesapa yang anda tak kenal. Lepas naik transformer main accelarate pulak, yang ni macam ride cawan2 yang berpusing pusing.. Tak ramai orang naik, just 5-10minit masa menunggu.
Next ride yang ngeri sikit, Mummy Roller Coaster, aku tak naik, gayat. Budak budak ni semua pegi naik. Sementara tunggu  ambik gambar kat luar, ramai orang tunggu kat sini, mak mak, makcik makcik. Diorang turun jer memang cakap best n dasyat...tapi best.


Depan Roller Coaster Mummy--Ride dia kat dalam tu.



Masa menunggu nak main 45minit



Untuk kanak kanak yang kecik  boleh main Tresure Hunter, memang tak ada apa pun, just duduk atas kereta, pusing satu round. Tapi budak budak kecik memang suka sampai nak naik 2 kali.
Kat sini ada restoran makanan halal Oasis, memang ada Halal Cert.
Tapi orang ramai sangat jadi tak makan sini, kami berpatah balik ker depan pintu masuk, ada restoran makanan halal, makan burger..satu set burger harga dia $8-12. Sedap burger dia, berbaloi beli. Anak buah yang kecik tak larat nak jalan lagi, panas pulak dah pukul 2ptg. Orang makin ramai datang so ada permainan yang makin lama masa menunggu dia.
Sambung balik pergi main, kali ni pergi Jurassic Park, ada 3 ride boleh naik kat sini.
Kat sini ada ride dalam air so, boleh basah. Kami dah bawak pocho plastik siap2, ada member dah bgtau. Hahaha, kalau tak bawak memang basah lencun lah. Disini pun ada jual poncho 1 harga dia $4.
Sebelah jurassic Park ada Waterword, tapi show dia ada 3 kali jer sehari, kami dah terlepas show pertama dan kedua, so tunggu yang last skali 5.30 ptg. Sementara tu kami pegi ke Far Far Away.
Far Far Away- Ada roller coster kecik, kanak kanak semua boleh naik.
Kat sini ada show Shrek 4D, best, kanak kanak dan orang dewasa pun boleh enjoy. Show tu dalam Castle yang besar ni. Budak budak bukan main suka lagi bila  kerusi bergerak masa Shrek naik kuda dan basah kena air bila donkey bersin.


Shrek 4D dalam nie...


Far Far Away


 

5.00PM
Keluar dari Castle lepas tengok Shrek, Parade dah start dari Waterworld, kami tengok dari sini jer, memang best dapat tengok, berbagai custome dan aksi, full of colors. Parade ni start pukul 5ptg, hanya hari sabtu dan Ahad jer ada Parade ni so kalau datang hari lain korang takleh tengok ni.

5.15PM
Kami masuk ker set Waterworld, macam movie Waterword tu, kalau korang tengok.
Show ni kalau korang duduk kat tempat depan, kat kerusi dia dah tulis "soak" or "splash". Mean sepanjang masa show tu korang ada harapan nak kena basah lencun.
Dia dah bagitau awal2 kalau tak nak basah sila duduk kat tempat yang tak basah.
Last sekali main kat Madagascar, naik boat. Budak budak suka sangat naik ni sebab nampak semua character kartun ni bercakap. Ada Mery go around yang besar gak kat sini.
Semua orang dah letih, tunggu fireworks pukul 8 sebelum balik.
Sempat beli souveniours sementara tunggu fireworks.


Dah Malam-Letih seharian main


Day 3 -24Nov -Ahad

10.30 check out dari Hotel. Naik MRT ke airport,tambang sama $2.
Kalau amik teksi dari hotel $50 (mini van).

Selamat tinggal SG



--------------------------------------------------



















 

02 November 2013

Jalan Jalan Cari Makan - Makan Seafood di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Assalamualaikum,

Hari ni nak share short vacation dengan office mate ke Kuantan Pahang.
Kami ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin boss kat Pekan,Pahang. Alang alang dah sampai Kuantan kami ambil keputusan nak tidur semalam dan misi kami nak makan seafood.
Kat Kuantan Seafood memang terkenal sebab harga yang berpatutan berbanding kat KL.


Ok nak tau murah or tak so kami pun cuba makan seafood.
Makan Malam
Lokasi :Tanjung Lumpur
Menu Makan Malam  ( 8 org Mkan)
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Sotong Goreng Tepung
Udang Masak Sambal
Sayur Kailan Ikan Masin
Tomyam Campur
Telur Dadar
Air Fresh Oren & Carrot Susu & Air Suam
Total Harga : RM119.00
Makan Malam
 

Makan Tengahari Kat Tanjung Lumpur
Lepas check out kami lagi sekali ke Tanjung Lumpur untuk makan tengahari.
Waktu kami sampai sini pukuk 1 tengahari, orang belum ramai. Selepas setengah jam orang mula ramai, xcukup tempat nak duduk makan, so kena tunggu untuk dapat tempat/meja. So sesapa nak datang sini makan, sila datang awal.
 
Menu
Nasi Dagang + Kari Ayam -RM5.00
KETAM Goreng Tepung - RM 5.00 seekor
Udang Goreng Tepung -RM4.00 (8-10 ekor saiz sederhana)
SATA -RM2(5 biji)
Air Kelapa RM 1.50 Segelas
Jeli Kelapa RM 1.50
 






Penginapan di Kuantan:


Di Kuantan kami stay kat Apartment D'Embassy Apartment.
Booked kat Agoda.Com. Kalau anda tak ada Kad Kredit boleh pilih Booking.Com.
Harga semalam termasuk tax dan semua charges RM388.00
Apartment 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air 1 Kicthen.
Kami semua ada 8 orang so madih dapat tidur dengan selesa.
Bilik Pertama katil King, bilik kedua katil queen, Bilik ke 3 2 Katil single.
Ruang memang besar dan luas so boleh tinggal ramai orang. Sesuai untuk family yang datang ramai. Ada Swimming pool untuk kanak kanak dan orang dewasa. Apartment ni kat area Bukit Pelindung, Beserah Pahang. Kawasan sini jauh sikit dari bandar Kuantan, dalam 10-15 minit ngan kereta. Hari ni orang tak ramai so kami dan 2 keluarga lain jer yang main swimming pool.

Pro:
  • Kawasan yang sunyi, sesuai untuk relaks
  • Ruang yang besar dan luas, selesa untuk ramai orang
  • Ruang Parking
  • Swimming Pool
Con:
  • Lantai Berhabuk
  • Tiada kedai atau restoran bersebelahan.

Jalan Jalan Cari  Makan- Seafood Tanjung Lumpur Kuantan.
Yess, Mission Accomplish...
Next trip to JB.










20 October 2013

Jalan Jalan Cari Makan-Restoran Cerana

Assalamualaikum...selamat sejahtera..

Hari ni saya terasa nak makan ketam so yang paling dekat n senang nak pergi dan dekat dengan rumah saya adalah Restoran Cerana, Cheras KL. Restoran ni dah lama beroperasi tapi masih ada yang tak tau rasanya. So sy update kat sini untuk share dengan semua yang sukakan seafood.

Restoran Cerana ni selain daripada makanan pada waktu malam sambil makan anda dihiburkan dengan nyanyian live. Boleh relaks sambik menikmati makanan yang anda order. Boleh juga pilih lagu yang anda suka, diorang akan nyanyikan.

Kawasan sekeliling restoran ada air terjun buatan dan tasik so tak terasa macam dok tengah bandar.

Menu saya makan hari ni:

Ketam Goreng Cendawan -715gram RM36.00
Bihun Hailam Seafood -RM8.00
Nasi Putih Separuh-RM1.00

Air Jus Apple -rm5.00

TOTAL RM55 -2 Org makan.

Waktu operasi 11.00am sampai 1pagi.







24 September 2013

Bercuti Ke Euro : Venice Italy--Cantiknya Venice



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Euro Trip - May 2013 - Italy -Venice

Florence ke Venice:
Perjalanan ke venice dari Florence (Firenza) kami drive sampai  tren station .... lupa pula nama dia Mira Mirano dan parking kereta kat sini. Kira-kira 3 station dari Venice. Kami naik tren sebab kawasan venice ni tak boleh masuk dengan kereta sebarangan dan susah nak parking. Ye lah tengok jalan sekita town dia kecik jer. Pelancong pula ramai dan happening rasanya. Cuaca kat sini agak panas, maybe disebabkan kawasan yang dikelilingi air buatkan waktu siang terasa panas. Kat sini apa yang menarik adalah bangunan2 lama dan hasil seni yang sangat tinggi nilainya. Rasa macam berada pada zaman lain bila kat sini. Memang tempat terbaik untuk bersantai dan melihat sesuatu yang berbeza. Kami rasa macam puas hati dapat sampai kat sini.

Selain daripada drive boleh juga ambik Train dari Florence terus ke sini. Semuanya bergantung kepada budget anda. Kalau naik Tren dari Florence ambil masa dalam 2jam sampai. Drive ambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai.

Dari Florence Ke Venice:
By Train (boleh booking tiket online)
By Bus
By Car (drive macam kami)



Tips : Bila sampai anda digalakkan beli Tourist Map , harga dia 4 Euro. Kenapa kena beli map? Sebabnya senang nak berjalan dan refer tempat-tempat menarik seluruh venice. Kalau tak beli map senang tersesat dan susah nak cari jalan belik ker station train.

Apa aktiviti yang best kat Venice Italy ?

1) Makan Pizza di Venice
Kat sini kami makan Pizza dan Spaghetti Hitam (yer spaghetti ni memang warna hitam). Warna jer hitam tapi sedap tau. Pizza pula veggie jer tapi sedap, mungkin ada sos rahsia diorang. Rasanya kat Italy ni Pizza dan Spagheti dia memang sedap, maybe makanan diorang jadi kat sini la yang terbaik. Kat sini ada pelbagai jenis pilihan tempat makan, daripada gerai kecik sampai ker restoran mewah. Semua ada kat sini.
Sedapnya dapat makan buah Ceri Fresh..hahahah

Kos Makan utk 2 org:-
Pizza :10 Euro
Spaghetti : 12 Euro
Buah Ceri :100gram - 2 euro


P/s: ada banyak kami makan tapi tak dicatat secara terperinci.

2) Melawat Seluruh kawasan Venice dan menikmati pemandangan "klasik"
-   Naik Gondola di Venice

Kami jalan kaki jer sebab nak jimat kos. Untungnya berjalan kaki dapat masuk semua lorong-lorong kecil dan merasai sendiri macam mana keadaan penduduk venice.
So seharian berjalan kami lalu jambatan dan melawat semua bangunan yang bersejarah kat sini. Rasa kagum dengan bangunan lama yang masih dijaga dengan baik. Kalau datang sini dan ada masa boleh bermalam kat sini.

Transport Venice Town
Kat venice ni ada 2 transport paling popular nak explore town dia, iaitu gondola dan Water Taxi.
Gondola ni yang kita selalu tengok dalam TV tu yang ada orang menyanyi tu..hehehehe. Water taxi dia adalah bot. Lagi satu cara nak bersiar2, jalan kaki. Ramai jugak yang pilih jalan kaki termasuk kami. Tiket Water Taxi boleh beli pakej untuk sehari, unlimited pass. Kiranya Water taxi ni macam bas Hop on Hop off tu.


Gondola vs Water Taxi

Gondola
Harga tiket gondola :
80 euro (1 gondola)-kalau sorg tak sure pulak berapa
Kalau anda naik gondola, dia akan bawak anda lalu dicelah-celah bangunan yang sempit, water taxi pulak ada perhentian dia yang tertentu, hop on hop off. Jadi gondola tu akan bawak anda pusing2 kawasan yang menarik sambil anda menikmati pemandangan venice yang cantik macam lukisan tu. Kalau orang yang datan dengan travel agen/rombongan biasanya pakej gondola ni dah termasuk. Sebuah gondola boleh bawa 6-8 orang.



Water taxi pula boleh bawak korang pegi pulau-pulau kecik sekitar venice. So kalau ada masa boleh pergi ke pulau2 kecik ni. Water Taxi kena beli pas yang unlimited tu so, boleh naik dan turun kat semua port dia. Ada gambar kat tempat dia berhenti macam bus jugak just atas air jer.


Water taxi


Bangunan Lama yang sedang dibaiki
Venice ni nampak macam kecik tapi ada lebih kurang 200 Gereja lama kat sini yang masih terpelihara dan dibuka untuk lawatan.



Ada banyak jambatan kat sini macam ni yang menhubungkan semua kawasan untuk pejalan kaki.



Hostel/Hotel di Venice

Penginapan di Venice Italy

Kami tak menginap di Venice tapi time berjalan-jalan jumpa banyak hostel dan juga boutique hotel kat sini.
Tapi anda dinasihatkan booking dulu hotel atau hostel terumatanya kalau pergi time peak season.
Kebanyakkan hostel akan penuh dan harga Walk in jauh lebih mahal daripada harga beli online.
So pasatikan anda booking hotel kalau berminat nak stay kan Venice. Kalau betul-betul nak explore Venice lebih baik stay sekurang-kurangnya dua malam kat sini.

Selamat Bercuti...sila mesej saya kalau ada sebarang pertanyaan


Perbelanjaan kat Venice:

Beli Tourist MAP :4 Euro
Kos Makan utk 2 org:-
Pizza :10 Euro
Spaghetti : 12 Euro
Buah Ceri :100gram - 2 euro
Train dari Mira Mirano ke Venice :  8 Euro return




31 August 2013

KLIA TO LCCT -Budget Traveller

How to go to LCCT from KLIA Internatioanl airport?
Cheapest way you can take the Airport Bus.

From Arrival Hall go to Level 2.
Please follow the signboard as picture.

Then you will reach at bus station.

Ticket Fare 1 Way =RM2.50 per person.
Pay to the bus driver not need to buy from counter ticket.



14 June 2013

KL TO KRABI-PHUKET -Day 3

Day 3

Koh Phi Phi Tour

Hari ni nak pegi Tour ke Phi Phi Island, bangun pukul 6 pagi sebab trip start pukul 7.00 pagi.
Kami choose trip yang terus ke Ao Nang, Krabi, so jimat cost untuk balik ke Krabi.

Phuket-Phi Phi Island-Aonang Krabi
Ferry Besar jer boleh pegi sebab monsoon season
Untuk pegi trip Phi Phi dari Hotel kami Belle Resort Phuket naik Van ke Phuket town-ke port ferry perjalanan 1 jam setengah juga.
Sampai ke port pukul 8.20, ada ramai orang yang nak pergi phi phi tour, 4 buah ferry ada kat sini, semua penuh. Disebabkan sekarang ombak dan angin kuat semua tour kena ikut ferry yang besar je, speed boat tak boleh.






Pantai Phi Phi Don
Sampai jer kat phi phi island, Pier Don (nama jetty /port ferry dia ), diorang announce trip ke pulau-pulau kecil dibatalkan sebab cuaca buruk.huhuhuhu sedih tapi atas sebab keselamatan kami tak frust sangat. Kami dibawa ke pantai Phi Phi Don untuk makan tengahari dan mandi kat sini.
Cantiknya air dia warna hijau lagi..memang cantik sangat pantai dia.
Phi Phi Don
 





















Lepas makan  dan main air laut , kira-kira pukul 3 ptg kami naik ferry terus ke Krabi then  dapat jimatkan kos dan masa.
Kami sampai ke krabi pukul 5petang,
2 jam perjalanan dalam ferry. Laut bergelora kuat, walaupun ferry besar terasa ombak kuat. Kalau sesapa yang mabuk laut kena ready makan ubat siap-siap. Puas juga paksa mata tido supaya tak pening n wekkkkk..hahahaha.






Dari jetty Aonang ada van yang tunggu dan hantar terus ke hotel Krabi Heritage.
Hotel ni pun booked kat Agoda time promotion. Memandangkan kami bertiga kami kena charge additional person 400 baht semalam. Cantik hotel ni dan selesa, ada swimming pool.
Krabi ni lebih quiet berbanding phuket. 
So sesuai kalau nak datang bercuti dan menikmati percutian yang jauh dari hiruk piruk bandar. Tapi malam agak bising sebab banyak pub yang beroperasi.

Biasanya orang yang datang ke Krabi akan pergi ke pulau-pulau sekitar sebab lagi cantik pantai di pulau-pulau ni. Ada 4 pulau kat sini tapi lagi sekali kami tak dapat pergi sebab cuaca tak mengizinkan. Kalau anda nak datang sila check keadaan cuaca yer.
Malam ni kami makan kat kedai halal food yang ada menu indian, western dan thai food.
Kalau restaurant yang macam ni makanan dia agak mahal berbanding stall makanan halal tepi jalan. Biasalah bila cantik sikit harga pun mahalah.



Hotel Krabi Heritage




Perbelanjaan hari ni:
Pakej Tour pulau 700Bath seorang (Phuket-Phi Phi Island-Aonang)-included buffet lunch
-kalau just Phuket -Phi Phi-Phuket dlm 400-550 Bath
Hotel Krabi Heritage -RM180.00 (3 orang dah booked awal2)
Makan Malam - RM70 (3 orang)
Oil Massage : 250 bath sorg
Beli souvenior -terpulang pada anda :)